Pages

Saturday, January 03, 2009

Setelah Bercuti Lama.

Kenduri kahwin Lia: Dengan Bakal Mak Mertua.

LAMA! Itu jer la aku boleh cakap. Memang lama. Aku tak update blog. Sampai ada orang tepon tanya dah update ke blom. Okey, pertamanya, aku minta maaf sangat-sangat sebab tak update blog. Aku sibuk seminggu ni. Menguruskan borang nikah aku, buat HIV Test, dan sekarang aku nak dapatkan Surat Akuan Bujang. Banyak perkara beb. Apa pun, terima kasih pada semua yang prihatin, dan mengikuti perkembangan aku melalui blog ini.

Kenduri kahwin Dayat: Apis, Akim, Wanie, Muhsinah, Mas, Aku, Fit.

Mungkin ramai yang dah tahu, tarikh nikah aku dah pun ditetapkan. 15 Mac 2009. Kalau dihitungkan, dah tak lama dah pun. Pejam celik je. Aku sendiri pun macam ye tak ye jer bila pikir dah nak jadi suami orang. Tapi, everythings, start from a small step.

Aku nak mencari idea sikit la. Lagipun ramai reader blog ni perempuan. Why don't you all bagi idea sikit.

Hantaran warna apa cantik?

Apa barang-barang untuk dibuat hantaran?

Tolong la aku erk dengan menghulurkan idea-idea korang yang bernas tuh. Bukan apa, aku dah hilang punca dah. Banyak lagi perkara lain aku nak fikir.

Kenduri kahwin Izah: Masih lagi orang-orang yang sama.

Sejak 3 minggu lepas, aku asyik pergi kenduri kawen orang je. Mulanya kenduri kawen classmate aku pada 27 Dec 2008. Dayat & Izzah. Kenduri dayat di Lekir, Manjung. Izzah pulak di Kampar. Aku pergi berlima. Aku, Apis, Akim, Muhsinah dan Wanie. Tahniah ayat, coz dah pun berjaya jadi suami orang. Tahinah juga pada Izzah yang dah berjaya jadi isteri orang.

Kemudiannya, 28 Dec 2008, aku pergi kenduri kawen kawan Lily. Actually, kawan aku juga. Di Teluk Intan. Tamat la majlis kenduri kawen untuk tahun 2008. Jenuh dah aku beli hadiah je. Tunggu korang pulak bagi aku adiah.

Selamat Hari Lahir Ke-23 buat Fiza. May Allah Bless You.

Banyak nak tulis ni. Tapi takpe. Maybe Double Post kot arinie. So, please wait for my next news. Orait?

NotaKaki:

Gambar akan di update kemudian.
Semua dalam laptop.

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!