Pages

Wednesday, December 24, 2008

The Hunt For The Ring

Simple kan kotak cincin dia?

J.Bovier Babeh!

Tangan cik adik tu. Siap cincin lagi tu. Menunjuk sungguh. heh2.

Apa khabar semua? Harap korang semua sihat-sihat la hendaknya. Aku sihat sokmo. Berbahagia dengan life yang ada sekarang. Per citer nak tulis erk? Aku takde nak update sangat. Coz, tak banyak yang boleh ditulis. Cuma, semalam aku dengan tunang pergi cari cincin. This time, untuk aku. Mana fair Lily je dapat cincin kan. Hehe. So, kami pun pusing la Jusco tu. Dok mencari cincin. Budget nak platinum nyer cincin, sekali bila masuk kat kedai My Diamonds, tengok harganya, terus tak jadi. Fuhh, sebijik cincin platinum harga RM1xxx lebih. Ada berani ke? Aku tengok pun terasa kebas poket dah.

Kaki tu tak masuk dalam list ye. Haha...

Kemudian kami teruskan pencarian. Kami meneroka kedai Poh Kong pula. Ada ke tunjuk cincin silver je. Tak minat ler silver. Tak tahan pun. Tambahan lak, aku nie selalu sangat kena elektrik, mesti lunturnya la silver tuh. Kami pun blah dari Poh Kong. Ternampak kedai jam WataTime. Saja ajak Lily tengok-tengok jam. Sekali ada lak dia jual cincin. Aku pun tengok-tengok la cincin kat situ. Lily pun minat few design yang ada. Aku suruh Lily pilih. Lagipun, dia yang bayarkan. Bukan aku. So, selepas belek-belek, dia pilih 1 design. Aku tak kisah sangat. Asalkan sesuai je. Harga takyah sebut la yerk.

Cun juga kotak cincin nya.

Itu je la citernya kali ni. Esok-esok aku cerita yang lain pula. The rest, lets the picture do the talking, eh?!

Notakaki:
Ada orang dapat cincin terus senyap.
Tak msg pun laki dia.

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!