Pages

Monday, December 22, 2008

Akhirnya... Terjawab Penantian.

Untuk Gambar Selebihnya, Sila Proceed Ke Photoblog ye!

Semalam, aku sekeluarga telah pun pergi ke rumah Lily. Menyempurnakan misi menyelamatkan kami. Alhamdulillah, segalanya selesai dengan segera, tanpa ada apa-apa halangan. Bersyukur pada Ilahi. Jadi, perkara-perkara yang dibincangkan ialah bila akan dinikahkan, hantarannya berapa, dan juga perkara-perkara yang tak dapat disiarkan disini. Seperti sedia maklum, pihak lelaki mahukan nikah disegerakan. Isk, sape la lelaki yang gelabah sangat tu. Jadi, setelah dipersetujui, bulan 3 ini adalah masa yang paling sesuai. Tarikh masih lagi belum ditetapkan sepenuhnya. Akan di update dari semasa ke semasa.

Syukur semuanya seperti yang dirancangkan. Tak dinafikan akan wujud halangan, tapi aku berdoa yang terbaik untuk diri aku dan juga famili aku. Hantaran pula, seperti yang dipersetujui adalah RM7777. Mas Kahwinnya adalah RM1111 dan duit belanjanya adalah RM6666. Sengaja memilih 7777 kerana nampak cantik. Tapi semalam Yeop Lin cakap, jenuh nak akad nikah nanti. Panjang nak nyebutnya mas kahwin tu. Takpe, aku praktis dari sekarang. Hehe.

Setelah 5 tahun berkenalan, akhirnya, pada 2009 akan berakhir la perhubungan sebagai kawan ni. Aku happy, Lily semestinya lagi happy. Semalam tengok senyum je. Dapat cincin free ler katakan. Alhamdulillah. thanks sayang. Your "hardwork and passion paid in full".

4 comments:

  1. salam....wah2..tahniah my bro....

    tp sory to say...kndr bln 3 ika xleh la nk join...maaf tau...
    insyaAllah nxt year bln 5 br blk...

    ReplyDelete
  2. its ok ika. abg paham.

    thanx 4 the wish.

    bln 6 sempat la kot join majlis abg.

    ReplyDelete
  3. congrates!! *wink*wink*

    ReplyDelete

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!