Pages

Sunday, December 21, 2008

Sejenak Cerita Reunion

Wedding Archik @ Siti Rosmah

20 Disember 2008. Hari yang indah, dengan agenda yang menarik. Hari ini, walaupun bukan dalam sejarah, mencoretkan memori dalam sekumpulan jiwa remaja. 17 remaja. Eh, 16 jer, sorang dah jadi ibu pun. Berkumpul di Restoran Sutera Bayu, sekumpulan remaja ini meraikan perkumpulan semula setelah 13 tahun menamatkan persekolah sekolah rendah. Salah seorang remaja itu adalah aku. Kira masing-masing pun teruja la.

Amal tengah feeling. Lagu Nur Nilam Sari tuh.

Bermula pada jam 8:30 malam, kami semua berkumpul. Aku agak terlewat sikit, itu pun sebab dok belek album gambar dekat rumah Lily. Sampai je aku dekat Restoran tu, makanan baru nak dihidang. Alhamdulillah la. Kira rezeki sangat la tu. Selepas sedikit ucapan dari Pengerusi, Dylla Arsyad, aku diminta bacakan doa makan. Jadi secara ringkasnya aku membacakan doa makan sahaja. Terus kami serbu makan. Seronok sebab rasa macam sekolah rendah dulu. Cuma lebih tak bertamadun lagi dah besar-besar ni. Hehe... Masing-masing pun dengan ragam masing-masing.

Azmida: Ratu dangdut. Goyang inul beb!

Lepas makan tue, sesi bergambar. So, time ni memang riuh la. Macam-macam la aksi dan gaya-gaya hebat yang diambil kami. Terdapat juga acara memotong kek bagi memperingati majlis ini. Tahniah pada Dylla Arsyad yang bersusah payah menjayakan majlis ini. mengikutkan agendanya, setakat itu jer la majlisnya. Tapi, dek ada kepala-kepala gila kat situ, diaorang ajak pergi karaoke. Aku bukan suka sangat coz aku tak pandai nyanyi. Tapi, demi kawan-kawan, aku follow je. Seronok sangat time dalam karaoke tu. Semua orang nyanyi. Aku pun menyumbangkan la sebuah lagu. Dah tentu jer bunyinya sumbang juga. Hahaha....

Kami: Semua pakat tunggu turn nak nyanyi.

Jam 12 tengah malam, aku drive balik Ipoh. Itu pun selepas aku escort kereta budak-budak pompuan yang balik awal sampai Kg. Gajah. Setakat itu je la program Majlis Reunion SKDS 1984.

Notakaki:
Thanks pada semua kawan-kawan. Ayoi, Aidil, Fauzan, kamal, Fairuz, Pian, Zairy, Azmida, Zura, Dylla, Yati, Irin, Farhana, Dhaniah, Faezah.

1 comment:

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!