Pages

Saturday, December 20, 2008

Apa Nak Jadi?

Siang tadi, aku pergi solat Jumaat. Memang la solat jumaat kan, hari jumaat. Takkan solat jumaat hari khamis. Macam biasa, aku duduk dengan tawaddu' dalam masjid tu. Dengar khutbah dengan bersemangat, walaupun kekadang tuh aku berangan juga. Dalam banyak-banyak yang Imam tu cakap, aku cuma ingat bahagian yang kaum Nabi Luth yang Homoseksual tu di terbalikkan bumi di dasar Laut Mati. Bukan pe, sekarang pun ramai jer kaum homoseksual ni. takde pun kena terbalik. Diaorang yang tonggang terbalik ada ler. Tapi takpe, tue nanti diaorang jawap la time ngadap Tuhan nanti.

Aku tak paham. Nape diaorang suka lelaki. Ada ke Homoseksual yang baca blog aku? korang komen sikit. Aku takde halnya. Semua orang ada hak masing-masing nak bersuara. Janji jangan ada bahasa kurang ajar a.k.a lucah. Korang citer la nape korang suka kaum sejenis ni. Aku tengok kaum sejenis aku pun, dah hilang selera makan. Huduh. Hahaha... Misai berceracak macam dawai kokot, pastu bulu idung tersembul cam rumput tepi pagar. Ada juga yang nak tuh. 0ops, tolak girls la erk. Azali la tuh. Pompuan suka laki.

Ada kawan aku ni pondan. Kira dasyat la diaorang ni sebab berjaya mem'pondankan diri diaorang. Aku tak reti nama panggilan pondan sekarang apa. Korang komen la yang tuh nanti erk. Tapi, seolah jadi keseronokan lak pakai baju pompuan, make-up banyak-banyak dah macam opera cina. Aku tengok pun nak pitam rasa. Aku tak tau kalau naluri diaorang pompuan, tapi yang pasti, diaorang nih jantan. Bulu kaki bersepah, suara macam lembu menguak, ada ati nak jadi ayu. Adoi, lomah somangat den.

0ops, lupa lak. Actually dari tadi aku merepek tu, aku nak citer pasal ni. Ada la budak kecik ni kat masjid tadi. Solat sebelah bapak dia. time solat tue, boleh pulak dia menari-nari. kantoi solat aku. Tak khusyuk. Aku pun heran juga la. Bapak budak ni tak ajar ke anak dia solat. Budak ni umur dalam 4-5 tahun camtu. Terkenang aku kecik-kecik dulu. Bapak aku kalau tengok aku buat macam tue, paling kurang pun, kena sekeh. kome tau ke sekeh tu ape bendanya? Sekeh tu kira luku le, ketuk kepala. Bapak budak ni lepas abis solat boleh suruh anak dia duduk tepi dia. Time bapak dia solat sunat pun gitu gak. Menari-nari. Isk, kalau anak aku ler, dah lama kuar kot tingkap budak tu.

So, pada korang semua, kalau ada adik, or anak yang ragam macam ni, tegur/sekeh la. Orang tak cakap budak tu tak beradap, orang cakap bapak tak ajor. Bapak juga yang kena. Pada yang homoseksual tu, bawak-bawak la beringat. HIV tak mengira bangsa dan agama. Semua kena punya. dah la tahun depan HIV Test termasuk dalam Kursus kahwin. Korang tak nak kawen ker weih?

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!