Pages

Thursday, December 18, 2008

Bukit Dah Tinggal Sekerat

2 hari lepas, aku kena sakit perut yang gila-gila sakit. Habis segala kudrat aku menahannya. Salah aku juga. Aku biasa minum susu Dutch Lady, kali nie aku beli susu GoodDay. Kan dah sakit perut. Tapi takpe. Aku sikit pun tak hairan. Hidup mesti diteruskan. Walaupun aku kerja separuh hari je hari tu. Selebihnya, aku dok rumah. Kebanyakkan masanya, dalam toilet. Haha.

Semalam pula, on the way aku nak balik rumah, dekat Masjid Jalan Dairy menghala ke Ampang, aku terperasan! Bukit 2 bijik yang boleh nampak dari Masjid tu dah tinggal sekerat. Mana perginya lagi sekerat? Udah diletupnya buat kuari. Tak ke pelik. Aku rasa about 3 month ago, bukit tu comel lagi. Takde pun kesan-kesan letupan, hakisan, ataupun tanah runtuh seperti kat Bukit Antarabangsa tu. Yela, ni bukit batu kapur kan. Siapa punya kerja la ni. MB Perak tolong jawap sikit?! Sedih aku. Bukit tu cantik sebenarnya kalau dinilai dari sentimental value'nya. Patut la sekarang ni Ipoh berjerebu jer. Aku sebagai anak jati Perak, sangat la kecewa dengan pembangunan macam ni.

Semalam juga, di satu simpang lampu isyarat, aku tengok kejadian samseng jalanan. Pelakunya, seorang penunggang motosikal a.k.a A. Mangsanya, si bongok driver 4-Wheelers a.k.a B. Si B ni dok line yang pergi straight, pastu bila lampu isyarat, dia cross line ke kiri. Si A pulak nak pergi straight, dah tu dok line ke kiri. Biasa la, Mat Rempit. Bila dah hampir-hampir nak bertembung tu, si A ni, dengan gaya lagak ayam jantannya, menjerit la pada si B. Pastu dengan gagahnya menunjukkan isyarat lucah. Tak perlu la aku wat sample kat sini, tak pasal-pasal lak kena banned blog aku ni. Aku yang memerhatikan gelagat diaorang, geleng kepala jer la. Takkan nak geleng kepala lutut lak kan. Si A ni mungkin tak perasan, tapi kalau si B tu langgar dia tadi, aku ingat ada kemungkinan dia jadi lempeng jalan raya. Haih! Nie la dia samseng jalan raya. Tue belum kira samseng kampung dusun lagi tu.

Lagi satu, semalam aku pergi duplicate kunci pintu pagar auto umah famili aku. Pastu tokey kedai tu cakap dengan aku, "U nanti kalau kunci kereta myvi ini ilang aaa, u cepat-cepat kasi datang sini. Saya kasi buat baru punya. 15 minit saja o0o0o. Tarak lama. Tarak mahal. RM280/- sahaja." Confuse jap aku. Pasalnya, kunci myvi ada immobiliser. Mana boleh buat seseuka hati je. Mesti buat dekat Perodua. So, aku pun buat-buat curious. "u boleh buat ka tokei? I ingat ini kunci Perodua saja boleh kasi buat?" Tokei tu pun dengan bersemangatnya start story pada aku. "Boley! kami ada mesin boleh buat immobiliser. Itu boleh delete sama code lama dia. Nanti itu pencuri, walaupun ada kunci kereta U yang lama, tak boleh curi u punya myvi. Sebab sudah tukar code lain." Isk. Musykil aku ni. Perodua patut wat la kunci yang lebih selamat. Kalau kedai kunci boleh set immobiliser, tentu jer pencuri pun boleh. Lagi bestnya, harga immobiliser kedai kunci RM280, kalau Perodua RM1000++. So, korang kira ler. Camner tu. haih, Perodua....,

Tue la serba sedikit cerita semalam. Tapi kenapa semalam, bukan hari ni? Hari nie nak cerita camnernya. Tak keluar lagi, even tak mandi pun lagi ni. Baru bangun tido beb! Hahaha....

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!