Pages

Tuesday, February 17, 2009

Semangat Baru, Jiwa Baru : Kental Beb??

Hari ini, walaupun situasinya sama je, tapi memberikan erti yang berlainan. Betul tak pendapat aku ini? Bayangkan, setiap hari korang pergi kerja, dan kerja itu tetap sama, dari pagi sampai petang, tapi korang tetap juga tak borink. Katakan cikgu, hari-hari mengajar, sampaikan pejam mata pun boleh tulis kat whiteboard tu, tapi still juga mengajar. Inilah yang dikatakan komitmen. Dan kerana komitmen aku pada blog ini juga, aku merepek kat sini... haha.

Hari ini, seperti kebiasaannya, aku pergi kerja. Hari aku bermula seawal jam 6 pagi. Selesai solat subuh, dengan semangat berkobar-kobar, aku pergi jogging. Cuma kali ini tempatnya saja yang berbeza. Jogging di kawasan kejiranan aku. Sejuk yang amat la kalau pagi hari di kawasan aku ini. Tapi seronok, sebab tak ramai orang.

Jam 9 pagi, aku dah bersiap nak pergi kerja. Hari ini, tugas utama aku adalah untuk 'site visit'. Aku pergi site untuk pastikan topografi network yang bakal dipasang nanti. Sekaligus membayangkan keluasan jaringan network antara bangunan itu nanti. Apa yang aku merepek ini?? Haha..., Tapi itu la tugas aku hari ini. Kemudian, aku dapat panggilan dari SK Seri Ampang. Cikgu Kemahiran Hidup, Cikgu Zaha nak order barang KH. Lagi bertambah ceria hidup aku. Tapinya, baru aku tersedar. Sebenarnya, aku berkebolehan dalam pembekalan barangan KH. Sebabnya, aku sendiri dari bidang teknikal. Haih, sudah lama menjalankan perniagaan, tapi kadang-kadang tak sedar kemampuan diri. Ini lah dia....

Sekarang ini, hari-hari pun aku pergi keluar jumpa orang. Untuk menambahkan lagi pengetahuan serta kenalan. Seronok pula walaupun cabarannya sangat la berbeza-beza. Provokasi, tentangan dan halangan, itu semua perkara biasa. Aku ada senarai panjang bakal klien aku. Ada rahmatnya perkahwinan itu. Semangat nak bekerja pun dah kembali. Kadang-kadang, kita kena paksa diri kita supaya lebih produktif. Betul tak pendapat aku?? Tapi halangannya, jangan cerita la. Ada je... Haih, susah betul nak senang.

Ok la, aku nak stop dulu. Makin banyak aku merepek ini. Seperti kebanyakan blogger tulis, "ini blog aku, sukati aku la nak merepek apa pun". Hehe... Daa??


Sincerely;


No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!