Pages

Saturday, March 07, 2009

Jula Juli Bintang 3

Haih!

Sabtu. Hujung minggu dah. Bagi ramai orang, suka hari sabtu. Sebab boleh bercuti. Aku pulak, tak suka. Hujung minggu selalu bowink. Pagi ini, aku bangun awal. Tapi aku malas nak pergi jogging. Apa nak jadi la (pemalas!). Yang pasti, hari ini aku harus keluar bekerja. Kereta aku pun perlu diservis. Barang sudah beli. Minyak enjin, air filter, oil filter, spark plug. Lengkap semuanya. Isnin ni aku perlu berada di KL. Lantas aku memerlukan myviku dalam keadaan yang paling baik, yang boleh beroperasi dengan cemerlang. (Perlu rempit 200km/h)

Malas sungguh aku nak keluar hari ini. Rasa macam nak dok rumah jer. Merehatkan badan, minda, jiwa dan raga (saya suka tido OK!). Tapi apakan daya, masih ada orderlist yang masih belum diselesaikan. Perlu membekalkan 40 unit BCI-24 Black katrij, 10 unit BCI-24 Color katrij, dan banyak lagi la. Hari ini mesti buat segera. Kalau tak, susah nanti, Lagipun mahu pergi servis komputer di rumah customer. Supply adsl2+ Wireless modem dan juga 1GB ram. Seronok ke kerja ni?? Seronok sangat!!

Semalam aku kuar makan dengan faizal. Makan di Restoran Qayyum, Tambun. Dalam perjalanan tu, guess what?? Ada kemalangan berlaku. Mangsanya sangat parah. Boleh dikatakan mati la. Ngeri aku tengok mangsanya. Bengkok seperti tiang letrik (Mangsa adalah tiang letrik ye). Kereta yang melanggarnya, Honda Jazz hancur remuk. Sayang sportrims nya yang lawa berkilat. Bagi aku pun takpe. Pemandunya tak dapat dilihat. Mungkin dah menyelamatkan diri, atau diselamatkan oleh orang ramai atau lebih parah, tak selamat langsung. Penonton-penontonnya ramai (seperti tengok freeshow badut robot di Bukit Bintang). Ada yang menggelengkan kepala, ada yang tertulis-tulis sesuatu (ambil nombor lew), ada yang sesaja berhenti menonton (Tonto!!). Memeriahkan suasana.

Lepas tu, terus la aku pergi ke Qayyum. Makan le beb. Punya buat kerja, sampai terlupa nak makan.

OK la, aku harus pergi. Lantas aku tamatkan coretan ini. Hasta La Vista.....

p/s;

tajuk di atas tidak berkaitan dengan penulisan.

Sincerely;

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!