Pages

Friday, March 06, 2009

Lelaki Dan Wanita

Selamat pagi jumaat. Hari baru, cuaca indah. Harapnya hari ini membawa makna yang baru. Semalam merupakan 'worst day' aku. Sungguh dahsyat gelora dalam dada ini. Menyesakkan. Ramai yang bertanya, KENAPA TENSEN? Ramai yang ingat aku gugup, gabra, nervous, bimbang dan yang sewaktu dengannya tentang pernikahan aku hujung minggu depan. Walhal, sebenarnya aku sungguh tak rasa seperti seorang yang akan berkahwin pun. Aku lebih memikirkan perniagaan aku a.k.a punca pendapatan aku.

Aku tak pasti bagaimana perempuan berfikir. Tapi, biar aku ceritakan bagaimana lelaki berfikir. Untuk panduan kaum hawa yang membaca blog aku ini. Sewaktu aku ambil kursus kahwin dulu, ada seorang ustaz ni ceritakan satu kisah.

Seorang isteri, akan bertanya pada suami,
"Abang nak makan apa tengahari ini?"
Jawap si suami,
"Apa-apa je."

Apa yang boleh di ekstrak dari situasi itu? Inilah intisarinya. Perempuan lebih memikirkan perkara remeh temeh, perkara jangka pendek. Lelaki pula, tak menghiraukan langsung perkara remeh temeh, jangka pendek ini. Lelaki lebih berfikir untuk jangka panjang. Sebab tu, selalu kalau bercinta, mesti bergaduh perkara yang remeh temeh. Contoh, lambat telefon, tak mesej, tak cakap I LOVE YOU. Lelaki tak ambil peduli sangat perkara-perkara ini. Yang mereka fikirkan, untuk survive, untuk masa depan. Sebab tu lelaki mati dulu dari perempuan. Umur singkat. Sebab hati serabut je.

Jadi, lepas ini, jangan sesekali bergaduh kerana perkara remeh temeh. Walaupun bagi kamu BIG DEAL, tapi bagi suami kamu, itu perkara kecil. Dan selalu berfikir positif. Isteri yang bijak memahami situasi suami, memang disayangi suami.

Dan bagi diri aku, itu la situasinya. Aku lebih memikirkan masa depan aku, keluarga aku nanti. Dan sebab itu juga la, aku jadi tensen. Jadi, adakah kamu sudah faham??

Sincerely;

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!