Pages

Thursday, March 05, 2009

The Unnamed Feeling

Haih, payah ni... Kalau dah macam ini, kronik ni. Aku ini biasa je. Bukan la orang yang glamor atau famos macam artis-artis tu. Apa yang aku merepek ni?.. OK la. Aku sebenarnya tengah serabut. Banyak perkara kena fikir. Yang pasti, semalam bila tengok bank statement, aku rasa lagi tension. Rasa macam nak terjun lombong je. Sangat la teruk bank statement aku 2 bulan ini. Hampeh betul. Apa yang terjadi ini. Aku pun dah tak tahu dah. Ekonomi down ke, atau aku yang down.??

Dalam pada aku sibuk dengan hal kahwin aku, nenek saudara aku meninggal semalam. Jadi, aku pun pergi la ke majlis pengebumian dia. Uniknya, aku tak pernah kenal diaorang, tak pernah jumpa pun. Tapi, memandangkan diaorang saudara, aku pun pergi ikut mak ayah aku. Jadi, dapat la aku kenal saudara-saudara aku. Nenek saudara aku ini meninggal sebab kena langgar dengan motor. Dadanya tertusuk handle motor tu. Budak yang bawak motor tu, masuk hospital juga. Boleh kata parah juga la. Nenek saudara aku tercampak jauh. Haih..., Ini la dia budak-budak sekarang. NO RESPECT!!!

So, semalam aku tak kerja langsung la. Tapi takpe. Kerja bila-bila pun boleh. Ukhwah tu yang penting.

Sincerely;

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!