Pages

Tuesday, March 03, 2009

Menghitung Hari

Alamak..., Tinggal 11 hari je lagi. Cemasnya aku. Bukan takut nak salam tok kadi, tapi takut pada tanggungjawab. Ini bukan kerja mudah. Tanggungjawab untuk mendidik isteri, anak-anak suatu hari nanti. Debaran kian terasa, macam akademi fantasia pulak. So far, persiapan ada la sikit. Barang-barang hantaran dah pun dibeli. Tinggalnya cuma cincin, set makeup, dan juga kasut aku. Dan, nikahnya minggu depan je. Sungguh bahagia aku ini.

Macam tak percaya, aku dah nak menamatkan zaman bujang aku. Walhal, aku ini masih lagi haru biru. Tapi bukan macam citer haru biru lakonan que haidar dengan dynaz tu. Dalam pada sibuk persiapan nikah ini, masih juga aku rasa sedikit risau. Yela, pendapatan aku agak kurang stabil tahun ini. Dari awal tahun, sampai la bulan mac ini, aku baru dapat 3 job je. Ini yang menakutkan aku. Hakikat yang nanti Lily terpaksa bersusah dengan aku tu memang payah nak diterima. Tapi, mungkin juga ini hanya ujian-Nya.

Aku tak pasti tentang orang lain, tapi aku taknak Lily hidup susah. Sebolehnya aku nak berikan yang selengkapnya. Haih, aku hanya menambahkan agi kerisauan dalam hati ini. Cukup, cukup! Aku kena fokus pada kehidupan akan datang sekarang ini. Apa saja kesusahan, aku kena tempuhi. Itulah maknanya jadi ketua keluarga.

Ok la. Saat aku menulis ini, aku seharusnya dah keluar bekerja. Tapi, aku luangkan sedikit masa menulis blog ini. Tanda aku masih lagi menulis dan aktif. Pada yang mengikuti blog ini, terima kasih banyak-banyak. Blog ini hanya ruang luahan rasa hati.

Sincerely;

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!