Pages

Friday, February 27, 2009

To Do Or Not To Do?

Apa dah jadi ni? Ketumbuhan pada telinga kiri aku makin kronik. Rasa pedih, berbisan dan gatal memang tak boleh dijangkakan dah. Dugaan yang amat sangat. Semalam, aku bincang dengan kakak dan abang ipar aku. Diaorang both doktor. Jadi banyak yang diaorang tau tentang ketunbuhan di telinga aku ni. So far, diaorang minta aku jumpa doktor pakar yang selalu aku jumpa dan discuss untuk operate telinga ni.

Tapi entahla. Aku sendiri pun kurang yakin. Risikonya tinggi. Saraf muka pun ada dekat situ. Tau apa akibatnya kalau terpotong saraf muka? Muka jadi senget sebelah. Hilang kawalan pada otot muka. Air liur pun meleleh jer nanti. Adoi. Sungguh sukar nak buat keputusan. Aku belum bincang sepenuhnya dengan tunang. Cuma bagitau yang aku bercadang nak operate ketumbuhan ini. Itu je.

Kalau sekadar besar je, aku tak kisah sangat. Tapi bila mula menimbulkan rasa sakit dan tak selesa, aku dah tak boleh biarkan. Aku rasa perlu untuk ambil tindakan sewajarnya. Yang merisaukan aku cuma efek selepas operation tu nanti. Yang pastinya, muka aku berparut. Ala-ala pirate of carribean la. Captain Jack Sparrow. Berparut pun tak kisah sangat. Aku dah kawen pun. Takutkan ada efek selain parut itu nanti. Minta simpang la.

Sekarang ini aku selalu pergi wat marketing. Jadinya kena la exposekan diri. Jumpa orang, kenal orang. Bila aku pergi ke sekolah-sekolah, terkadang aku rasa lucu juga. Budak-budak tu pandang aku seakan aku ini alien. Pelik sangat tengok keadaan fizikal aku. Kalau budak-budak je, tak mengapa. Ini termasuk la dengan cikgu-cikgunya sekali. Mungkin ramai yang tak tahu, tapi "starring" at people tak elok. Kalau kat oversea, dikira biadab. Aku tak kisah pun. Dah lali dengan pandangan-pandangan orang ini. Asalkan tidak mengganggu hidup aku, sudah cukup baik.


Sincerely;


No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!