Pages

Tuesday, April 21, 2009

A Father??

Hari aku makin indah, makin bermakna. Hari ini, aku dapat berita yang mengejutkan. Gembira, terkejut, semua berbaur. I'm going to be a father. Itu la news yang lily sampaikan. Suddenly rasa sebak dada. Tak pasti la sebak sebab sedih ke, happy sangat ke. Apa pun, aku bersyukur sangat-sangat. Semua ini rezeki dari-Nya. DIA yang memberikan rezeki di langit dan di bumi.

kami masih belum pasti perancangan masa terdekat ni. Walhal singkat sangat waktu pernikahan kami, disusuli pula dengan kehadiran ahli keluarga yang baru. Ada orang kata, bunting pelamin. Macam mana tu?? Kami belum bersanding pun lagi, nikah je hari tu. Tolong explain sikit??!! Aku dah pun merancang untuk bercuti di Johor 1 Mei ni. Seminggu bercuti di sana untuk berehat dan bertemu saudara mara. Nampaknya, pasti ada perubahan dalam jadual perjalanan kami kali ini. Singapore, kami terpaksa postpone lawatan ke sana. Maybe pergi bertiga nanti.

Sekarang, yang pasti aku perlu berusaha gigih. Aku perlu berikan yang terbaik pada mereka. Pengorbanan hari ini mungkin akan terbayar 20-30 tahun lagi. Tapi aku rela. Akhir ini, aku mula memahami apa yang abah lalui. Nampaknya, masa aku pun sudah tiba. Saat memegang tanggungjawab mendidik keluarga sudah sampai.

Ops, kami masih lagi belum menyiapkan rumah ni. Nak cat dinding rumah ni. Design, warna semua dah ada. Tinggal memulakan projek je. Bilik kerja aku akan diwarnakan dengan warna biru. Untuk bagi ketenangan waktu buat kerja la lebih kurang. hehehe....

Ok la. Aku nak keluar ni. Perlu bekerja malam ni. See you next time....,


Sincerely;

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!