Pages

Monday, April 27, 2009

Baby ku~~~

Lama tak menulis di sini. Sibuk dan kurang idea untuk menulis. (selalu pun takde idea...)

Aku?? Macam biasa. Kerja hari-hari. Terkadang dalam hati ini, rasa nak jadi muda lagi. Nak enjoy, kuar dengan kawan-kawan, pergi traveling mana-mana. Tapi, once dah berumahtangga ni, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Mungkin ini la yang dirasai oleh orang-orang tua yang berjiwa muda tu kan~~?! Sekarang ini, aku belajar saving pulak. Selalunya belanja macam orang kaya. Tapi sekarang ini, dah tak lagi boros. Aset pun dah stop beli. Nak menabung untuk anak-anak pulak. Cukup la apa yang aku ada ni. Nak merasa pakai pakaian berjenama, pun dah puas. Nak merasa main kereta, pun dah. Sekarang ini, semuanya hanya untuk anak-anak aku. Sepertinya ayat-ayat yang selalu aku dan wife guna, "Berkorban hari ini, untuk masa depan yang lebih baik,".

Sekarang ni, sian tengok wife. Carrying my baby. Morning sickness ada, malam lak mula gatal 1 badan. Sampai merah-merah badan dia. Tak sampai hati. Selalu tolong sapukan bedak dan buat air penawar. Untung juga ada menuntut ilmu sikit-sikit dulu. Wife tak boleh panas. Kalau cuaca panas sangat, mula la loya-loya. Terpaksa la kurangkan keluar pergi berjalan. Esok, hari terakhir dia di Puncak Alam. Lepas ini, dia duduk di Ipoh bersama aku. Seronoknya dalam hati. Tenang bila wife ada di sisi.

Tadi telefon wife. Rindu. Lagipun nak tahu keadaan dia di sana. Alhamdulillah dia sihat je. Walaupun hari ini muntah-muntah je. Dalam dok bersembang tadi, wife suruh baca ayat Al-Quran untuk baby. So aku bacakan la ayat Qursi. Wife letak phone dekat perut bagi baby dengar. Agaknya macam ni la para suami selalu buat kan~~?! Hari ke hari, makin berdebar. Tak tahu apa yang mendatang pada masa hadapan, tapi kami akan hadapi bersama....

p/s:
nanti dah scan baby, post gambar dekat sini~~~

Testing tudung baru~~


Sincerely;

2 comments:

  1. org tua2 kata kita kena selalu berbual2 dgn ank didalam perut supaya bila dia kuar dia tak terkejut..tu la dituntut supaya di azankan bayi selepas lahir..sbb dlm perut dia duduk tu sempit..so bila kuar dunia luas takla di gayat...

    ReplyDelete
  2. hurm, tengah praktikkan sekarang ni. maklum ler... 1st time nk jadi bapak... huhuh...

    ReplyDelete

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!