Pages

Thursday, April 30, 2009

Dah Tengok Wolverine~~?

Tadi, pergi tengok movie dengan wife. Since petang tadi hujan lebat sangat, aku pun batalkan niat nak keluar bekerja balik. Sambil berbual dengan wife, tetiba teringat nak tengok citer Wolverine. Ajak la wife pergi. Nasib baik la wife memang suka tengok movie. Tapi dengan aku je la. Kalau dengan kawan-kawan tak nak dia. ingat nak tengok tayangan pukul 5ptg ni. Kuar dari rumah pun dah 4:30ptg. Nasib sempat sampai. unexpected sebab kat TGV Jaya Jusco tak ramai pun orang. Dalam kepala hotak aku ni, beratur panjang la orang nak tengok Wolverine. Alih-alih, walk-in je. Terus beli tiket la kami ni. Masuk dalam panggung, tak ramai orang pun. Ada la dalam 30 orang kot.

Starting Wolverine memang best. Rasanya memang ramai pun akan cakap camnie; "Dalam banyak-banyak karektor X-Men, Wolverine la yang paling menonjol,". Kan kan?? Kalau tak betul, sorry. Aku tak nak bagi spoiler dekat sini. Rugi la nanti korang beli tiket kalau dah tau cerita. Tapi, Wolverine memang best. Tak rugi korang pergi tengok. Wife pun cakap seronok. Sedang kami khusyuk tengok, suddenly skrin blank dan lampu terus terpasang. Semua orang ingat cerita dah habis. Marah-marah semua. Sebab itu part yang paling best. Rupa-rupanya ada technical error. Dapat la kami sambung balik tayangan. Lega sungguh.

Tamat je cerita Wolverine ni, baru la kitaorang tau camner asal wolverine. Best 0ooo~~. Tak rugi la tengok. Especially time dia lawan tu. Memang lagi dahsyat dari X-men ler. Efek tiada tandingan.

By the way, nak cerita itu je.. Hehe.. Nanti update lagi. Selamat Hari Buruh...~~

Sincerely;

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!