Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sawah sejalur tinggal sekangkang
Tanah sebidang mudah terjual
Allahyarham Usman Awang
Utusan, Khamis, 6 Ogos '09.
Sedap je garapan sajak ini. Terpanggil pula untuk dikongsikan bersama kawan-kawan semua. Bukan apa, sangat susah dah untuk kita mendalami sajak-sajak macam ini. Ada yang cakap; "nak baca paper pun tak sempat". Manusia kan semakin sibuk. Lantas seni tinggalan zaman ini terus terkubur. Kalau tak terkubur pun, hanya budak-budak sekolah kelas sastera je yang baca. Yang dah kerja, haram!
Rangkap terakhir tu memang penuh makna. Tak perlu huraikan pun kita dah tahu maknanya. Bukan niat nak mengata bangsa sendiri, tapi memang betul pun. Muktahir ini, tengok sajalah gelagat orang melayu. Siapa yang menghina raja-raja melayu? Siapa yang mempersoalkan institusi diraja? Siapa yang buat demonstrasi? Siapa yang berpecah belah? Semuanya orang melayu kan. Betul atau tak? Sesiapa yang jawap tak, dia memang manusia yang paling hipokrit.

"Rich men build wealth, successful men build network."
Sincerely;
aku menjerit pun bkn ko leh dengar...hahahaha...
ReplyDeleteitulah MELAYU...
M~melayu ni
E~emak ayah xingt dh
L~lepak sana, lepak sini
A~anakdara senang nk dpt
Y~you lup me, i lup u...2jelaa yg tau
U~udah terlanjur baru ingt mak bapak
dasat gak tafsiran ko.
ReplyDeletetu la, budak2 skrg ni bercinta jer.
study x kemana pun.
dh kembung, baru la nk bising.
isk2.. betul2 i setuju.. ahaii.. sabar je la.. apa nk jadi kan..tu laa melayu2.. ermm musykil gak i nape jd gitu eh.. huhu
ReplyDelete