Pages

Saturday, August 08, 2009

Merdeka Dan Enigma


"Tanggal 31 bulan 8 '57,
merdeka, merdeka....."
Itulah lagu yang selalu kita dengar. Setiap tahun selama ini. Rasanya, dari budak umur 3 tahun, sampai la orang tua nak habis nyawa, pun boleh nyanyi lagu ni. Dulu, lagi ini dinyanyikan penuh semangnat patriotik. Sekarang, aku yakin ramai yang menyanyikan lagu ini dengan semangat 'riotik'. Bukan nak mengata, tapi semangat patriotik orang melayu makin menghakis. Aku sendiri pun tak mungkin boleh menyamai semangat patriotik orang zaman dulu-dulu. Tapi, walaupun sedikit, aku tetap cuba memberikan yang terbaik.

Setiap tahun, pada bulan Julai, akan bermulalah sambutan bulan kemerdekaan. Kalau di luar ini, banner dan bunting hanya akan dipasang pada awal bulan ogos. Tetapi di sekolah-sekolah, awal-awal lagi dah dipasangkan banner dan bunting ini. Penuh dengan bendera Malaysia kadang-kadang tu. Tetapi, apa pengisiannya? Jujur cakap, sewaktu aku bersekolah dulu, bulan kemerdekaan hanyalah bulan untuk berpesta. tak faham pun apa pengisiannya. Balik-balik menyanyi, pantomin, teater, sajak, puisi, dan macam-macam lagi. Itu semua sudah lapuk. Sudah ketinggalan zaman. Sekarang ini, budak-budak tak suka pada semua tu. Maaf, bukan tak suka, tapi bosan.

Aku yakin, cikgu-cikgu yang mengikuti blog aku ini pasti akan terfikir perkara yang sama. Cikgu-cikgu terikat dengan undang-undang pendidikan, dengan kebiasaan, dengan hirarki, birokrasi, dan macam-macam lagi. Kalau cikgu muda ini buat sesuatu yang unik, yang baru, yang segar, cikgu-cikgu tua pulak dengan jelasnya menunjukkan sikap yang tidak membantu. Menghairankan. Ramai yang mampu mengkritik, tapi tak membantu.

Aku bercerita kerana aku sendiri adalah seorang yang cukup tak sukakan subjek sejarah. Tapi, sebulan sebelum SPM, aku pulun study subjek ini. Dalam aku pulun belajar, aku boleh tertarik dengan sejarah. Terutamanya sejarah kemerdekaan, zaman darurat dan juga sejarah kesultanan melayu. Siapa kata sejarah subjek yang membosankan. Bagi aku, sejarah adalah subjek yang cukup unik. Cukup mengujakan. Cuma, pendekatan mengajar perlu ditukar. Jangan hanya bercerita, bercakap sahaja. Waktu aku dulu, cikgu sejarah aku hanya bercerita. Tiada aktiviti. Aku yang bosan ini, apa lagi, tidur lah. Tapi, hairannya bila kita belajar Kimia, Biologi, Fizik. Kenapa tak mengantuk? Kenapa ramai sahaja yang bagi tumpuan? Persoalan yang perlu dikaji.

Dan semalam, aku berjalan-jalan di Jaya Jusco. Terpandang banner yang digantung berderet-deret. "ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE-52". Megahnya rasa jadi anak merdeka. Tapi, banner hanya sebagai pertunjukan. Tak membawa apa-apa erti tanpa penghayatan. Anak-anak kecil tak diterangkan oleh ibubapa, apa itu merdeka. Siapa yang menuntut kemerdekaan. Siapa pahlawan-pahlawan kita yang kecundang, yang tewas menuntut kebebasan. Akhirnya, anak-anak kecil ini hanya tahu sambutan merdeka, tapi tak tahu kenapa, mengapa, bagaimana semua itu terjadi.


"Rich men build wealth, successful men build network."

Sincerely;

5 comments:

  1. aku akuinye...aku lbih suke tym merdeka ni wat solat hajat n bacaan yasin...lbih berfaedah...bkn mnyambut didataran ke atau dimana2...2 sume mendtgkan maksiat yg lbih bnyk...malahan, mningktkan lgi hubungn haram diluar sana...tpi bile aku kemukan pendpt, bgai ditindas dr dalam...pikirkan...aku yg muda tpi veteran...hahaha

    ReplyDelete
  2. tu la. ramai yang suka bersosial. bukan salah, cuma tak kena tempat. kalau nak celebrate merdeka, buat betul-betul macam zaman dulu-dulu. penuh pengisian kemerdekaan. bukan hanya jerit merdeka jam 12 malam tepat, pastu ada konsert, ada bunga api, pastu anak muda dok melepak kat dataran sampai pagi. itu tak merdeka, tapi dijajah teruk namanya.

    ReplyDelete
  3. Pembetulan~

    Ko memang veteran dah... haha~

    ReplyDelete
  4. veteran dlm GURU, tpi muda in my look n mymind...hahahaha... :p

    ReplyDelete
  5. hahaha...
    takpe, ko la kawan aku.
    tua pun kawan aku gak.
    biler nak gi mkn abc ni?
    aku x sabo nih.

    ReplyDelete

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!