Pages

Wednesday, September 02, 2009

Poteh Telah Tiada!

Hairan aku dengan si Poteh ini. Monyok je. Dah 2 hari macam tu. Sepanjang hari tidur. Tak sampai hati pula nak biarkan. Mungkin sakit kot, kata hati aku. Petang ini bawa ke veterinar la. Takut jadi apa-apa je. Poteh, poteh...,

Dah pun bawa ke veterinar. poteh demam, kata Ben, si veterinar tu. Dah kena 1 shot suntikan. Ben cakap, tengok dalam masa 3 hari. Kalau tak baik juga, bawak la ke veterinar balik. Still, si poteh monyok je. Makan pun tak mahu. Lagi bertambah hairan lah aku ni. Kalau makan pun sikit saja. Sabar, mungkin proses nak baik tu ambil masa. Tapi hairannya, poteh takde buang air pun. Bersih je toilet dia. ok ke tak dia ni.

Dah 3 hari dah. Still tak ok lagi. Bawak poteh gi veterinar lagi. Unexpected, dia kena flu pula. Dah cucuk lagi. Tapi nampak poteh letih sangat, tak bermaya. Bila bawak balik rumah, dia duduk diam je. esok try bagi dia antibiotik lak. Tengok kalau dia boleh bertahan. Tapi, poteh dah kena virus dah sekarang ini. Dah tak boleh nak makan, nak minum. Bagi makan ubat pun dia tak boleh nak telan. Air liur meleleh tak berhenti. Aku dah boleh jangka outcomenya.

Hari terakhir hantar poteh ke veterinar. Teruk sangat dah keadaannya. Tapi aku usahakan juga. Mana tahu dia boleh sembuh. Tapi semua dah terlambat. Petang tu, poteh dah tak boleh nak survive lagi. Dah teruk sangat. Akhirnya poteh pergi. Dulu steak, sekarang poteh lak. Sedihnya hati ini. Tapi kali ini dah boleh terima dengan sabar. Time steak dulu, menangis juga.

Takpe la, dah ajal dia. Semalam dah kebumikan dah. Penghormatan terakhir. tak pasti kalau boleh jumpa lagi kucing macam poteh. May poteh rest in peace!


"Rich men build wealth, successful men build network."

Sincerely;

3 comments:

  1. bley bayangkan macamana perasaan kucing dah takde. my cat ilang kejap pi jalan-jalan pun me da mengelabah mcm ilang anak huhhuu

    ReplyDelete
  2. sedih ooo,
    tak dapat digambarkan. rasa sunyi je.
    walaupun ada cat yg lain.
    tapi tak boleh replace poteh.

    ReplyDelete
  3. uuwwwwwwaaaaaa......kecian kan...biarlaa dia pergi dgn ketenangan...

    ReplyDelete

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!