Pages

Wednesday, July 14, 2010

Kisah Mamat Sengal

Entry ini takdelah happening sangat. Aku cuma nak cerita pasal sorang mamat sengal kat area kedai aku ni. Mamat ini nak kata sengal sangat-sangat tu, takdelah. Tapi sengal lah juga. Pertamanya, siang malam aku tengok mamat ini bergaya je. Maybe dia takde selipar ke, atau pun dia memang suka bergaya siang malam. Keduanya, mamat sengal ini sangatlah pantang tengok awek. Ringan je mulut dia nak tegur. Peramah betul. Tapi dengan awek jer la.
Semalam, aku dah nak tutup kedai pun. Jam dah pukul 11:50 malam dah. Boleh pulak dia datang nak guna pc 1 jam. Adoi. Bukanlah aku nak tolak customer, tapi takkan ler dia tak tengok waktu urusniaga aku dari jam berapa sampai berapa. Pastu nak guna komputer cuma untuk surf facebook. Come on lah. Esok pun boleh lagi apa. Tapi takpe. Aku bagi je dia guna. Aku tau dia mesti guna sebab nak lepak dalam kedai aku je. Elok lak time tu ada awek sorang tengah guna komputer.
Dia baru je duduk, aku dah dengar suara dia mengayat awek. Haih. Macam ni punya orang pun ada ker. Siap citer background dia lagi. Sekolah mana, duduk mana. Geli hati gak aku tengok mamat ni. Awek tu aku kenal le, regular kedai aku. Tau dah awek ni mesti blah jap lagi. Memang betul pun. Tak sampai 10 minit, awek tu blah. Bosan layan mamat peramah sangat ni. Aku wat tak tahu je. Jangan ko buat tak senonoh dalam kedai aku sudah. Memang aku halau keluar punya.
5 minit pas awek ni blah, mamat ni pun angkat kaki sama. Aku dah jangka. Mamat ni macam apa je. Dok mengekor anak dara orang. Sengal nak mampus. Dalam hati aku, "patut pun ko takde awek". Hehehe... agak kejam gak statement tu, tapi see for yourself ler. Pantag ada awek, mesti nak berbunyi punya ler.
Semalam, dapatlah aku balik awal juga. Terimas kepada awek yang blah awal tu.

Pada mamat sengal, bawak-bawak lah berubah. Hidup ini bukannya cuma kejar perempuan je. Banyak lagi benda lain boleh buat.


"Rich men build wealth, successful men build network." Sincerely;

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!