Pages

Monday, July 19, 2010

Info : Marketing Menggunakan Suratkhabar.

Moto: Mari Membaca!
Okay, entri ini aku nak kongsi cara-cara marketing menggunakan surat khabar. Rasanya ramai yang dah sedia maklum pengiklanan menggunakan surat khabar ini macam mana. Tapi, berapa ramai yang tahu, kos pengiklanan, prosedur dan pada siapa kita kena berjumpa. Mesti ramai yang geleng kepala. Bukannya semua orang buat perkara ini, malahan ada yang semur hidup tak pernah buat pun perkara ini.
Jom kita mulakan sesi ilmiah kali ini. Pertamanya, kita sedia maklum betapa ramainya orang yang membaca surat khabar setiap hari. Walaupun dah ada surat khabar digital, surat khabar online, tapi masih juga orang beli surat khabar kertas tu. Kenapa? Majoritinya akan jawap, tak puas baca surat khabar online. Betul tak? Mesti ramai yang mengangguk. Secara automatiknya, surat khabar menjadi medium pengiklanan yang paling berkesan bukan sahaja di Malaysia, tapi di serata dunia.
Jom kita ke bahagian prosedur pengiklanan dalam surat khabar. Sama sahaja dengan hantar flyers ke kedai surat khabar. Cuma, peratus flyers sampai ke tangan pelanggan berpotensi adalah 100%. Sebabnya setiap pelanggan yang membeli surat khabar memang nak baca. Jadi, apa sahaja yang ada dalam surat khabar itu pasti di baca. Mood membaca tengah banyak kan. Hantarkan flyers anda kepada petugas depot surat khabar. Mereka akan kira dan keluarkan resit. Perlu ada resit ini. Barulah serius perniagaan itu bila ada resit. Seterusnya, anda boleh pilih bila dan di mana tempat anda mahu flyers anda diedarkan. Anda juga bleh memilih surat khabar mana yang anda mahu. Petugas depot tadi mencadangkan pada aku surat khabar Harian Metro. Katanya surat khabar Bahasa Malaysia NO.1 di Malaysia. Memang ramai pembaca.
Semua flyers ini tidak akan dimasukkan ke dalam surat khabar di depot surat khabar, sebaliknya di hantar ke kilang surat khabar di Prai, Penang. Untuk penghantaran flyers satu Malaysia, flyers akan dihantar ke kilang di KL. Mungkin memerlukan ratusan ribu ataupun jutaan flyers. Berdasarkan info yang ada, untuk bandaraya Ipoh sahaja memerlukan lebih dari 10,000 flyers. Untuk maklumat lebih tepat, silalah tanya kepada petugas depot surat khabar berhampiran anda.

Disini aku sertakan alamat depot surat khabar di Ipoh dan juga kos pengiklanan.

The New Straits Times Press (M) Berhad
29, Jalan Hussein, 30250 Ipoh, Perak
U/P: En. Ismail Bin Hashim.


Kuantiti Minimum dan kos

  1. Saiz A4 (minimum 1000pcs) - RM0.10/pcs
  2. Saiz A5 (minimum 2000pcs) - RM0.05/pcs
* Penyerahan flyers mesti dibuat 3 hari dari tarikh edaran.




"Rich men build wealth, successful men build network." Sincerely;

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!