Pages

Saturday, April 16, 2011

Kursus Oh Kursus.

Ku mencari, Ku mencari,
Apakah salahku,
Kau buat ku termenung, keseorangan....

Tetiba lak lirik lagu tu boleh wujud dalam minda aku sedang aku sibuk uruskan kursus ni. Sekali lagi, Kursus Richbucks berlangsung di pusat komputer aku. Alhamdulillah. Bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Sebenarnya, bukan ada masalah apa pun yang tiba-tiba teringat lirik lagu tu. Sekadar terimbas je dalam minda ni. Lagu ini macam sangat famous lah dulu. Tak ingat siapa yang menyanyikan lagu ni dulu.

Aku sedang standby kursus di pusat komputer ni. Dari pagi tadi sampai sekitar jam 4 petang. Memang meletihkan. Ditambah pula dengan kerja luar yang sangat banyak hari ni. Sekejap lagi, aku perlu setup network di kedai kawan aku. Tapi tak kisahlah. Kawan-kawan. Tak jadi masalah punya. Sekejap je pun setup tu. Tarik kabel, buat wiring, configure port dan tadaaa, dah pun siap. Pastu pula, kena setup Adobe Photoshop pada semua komputer di kedai ni. Adoi. Ada 20 unit komputer tu.

Okaylah, stop dulu di sini. Tengah melihat gelagat fasilitator kursus di kedai ni time rehat. Macam-macam. Menari, layan lagu. Tapi, semuanya sementara je. Bila semua peserta kursus dah hadir, serta merta diaorang ni jadi pro. Terbaek.

"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!