Orait, semalam situasi mencemaskan terjadi. Wife tiba-tiba sakt perut. Katanya nak beranak. So, terus bawa dia pergi hospital. After doktor check, terus kena masuk labor room. Fuhh, aku satu apa barang pun tak beli. Wife sms kata dah buka 3cm. Aku dengan pantas terus pergi Billion Medan Gopeng. Pergi shopping barang-barang baby. Tapi pengalaman dah ada kan. So, yang kedua ini takdelah kelam kabut sangat-sangat.
Punyalah menunggu sampai tengah malam pun tak bersalin lagi. Dekat pukul 12 tengah malam, doktor pindahkan wife ke wad. So, tunggu jer la kat wad pulak. Aku pulak balik rumah untuk tidur. Pagi ni, wife sms cakap dah tak rasa contraction dah. Maybe dah takde rasa nak bersalin. But stil kena tahan dekat wad lagi. esok baru boleh discharge. Itu pun kalau takde rasa sakitlah.
Begitulah cerita False Alarm ni. Punya lama tunggu, rupa-rupanya baby mengusik papa je. Tengok papa rileks sangat. Langsung tak prepare nak beli barang baby yer. Tu yang baby geram tu. Sekali baby mengusik, terus lengkap barang-barang baby papa beli. Dahsyat. Hehe...
"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."
No comments:
Post a Comment
Berani komen?