Baby ke-2 yang belum dinamakan lagi. |
Allahuakbar
Allahuakbar
Itu sahaja yang mampu aku ucapkan. Memang sangat unik. Perasaan itu datang sekelip mata. Perasaan yang tak dapat dimengertikan. Saat anak aku dilahirkan dan kedengaran tangisan pertamanya, aku rasa sangat sayu. Sayu yang tak ada bandingan. Aku rasa waktu bagai berhenti. Mungkin waktu ini yang menjadikan seorang lelaki, seorang bapa yang lebih matang. Mungkin juga waktu ini yang mewujudkan kasih sayang tanpa batas antara bapa dan anak.
Saat itu, aku sanggup korbankan nyawa hanya untuk melihat anakku terus menangis. Walau sekelumit tangisan pun, aku sanggup korbankan apa sahaja. Kalau aku sebagai bapa berperasaan begini, bagaimana pula si ibu yang mengandungkannya? Baru sekarang aku sedar betapa hebatnya kasih ibu. Untung aku masih ada ibu lagi. Terima kasih Mama. For everything.
Entry menyentuh perasaan ini ditulis saat aku sedang memandang wajah anak sulung yang sedang tidur....
tahniah hariz, for ur second newborn....opss..terspeaking plak...
ReplyDeletedah ade nama tak ni... btw tahniah.. kene jadi bapa mithali ni.. :D
ReplyDeleteEmme : Thanks. its okay. Speaking also accepted here.
ReplyDeleteHanafi : Yes. dah ada dah. Baru je decide. Just wait for the next post. Bapa mithali? Memang itu impian semua bapa-bapa di dunia ni.
Emme : thank you. you can speak english here. no problem.
ReplyDeletehanafi : dah beri nama dah. sepatutnya dah publish nama tu, tapi blogspot restore backup. banyak juga post yang hilang.