Pages

Monday, February 25, 2013

JJCM : Burger Bakar Taman Pinggiran Putra, Putrajaya.


Suasana di premis yang super relax.
Alhamdulillah....

Tercapai juga hajat aku sekeluarga nak makan burger bakar. Semuanya tak dirancang. Sedang seisi keluarga menonton TV, tiba-tiba isteri menyuarakan keinginan nak makan burger bakar. Sebelum ini pun ada juga aku suarakan hasrat itu, tapi tak tahu nak cari di mana. Setelah di 'publish' di facebook, ramai juga yang memberikan info lokasi burger bakar.

Tu dia Otai memasak. makannnn...
Setelah solat Maghrib, aku seisi keluarga terus keluar ke destinasi yang dituju. Burger Bakar Amir Garsia, Desa Pinggiran Putra, Putrajaya. Kalau dari rumah aku, 5minit sahaja dengan menaiki kenderaan. Itu yang best tu.

Saturday, February 16, 2013

Apa Yang Nak Dibuat Pada Laptop Basah?

Tertumpah air? Ada cara selamatkan laptop yang basah itu.
Hari ini aku nak berkongsi informasi mengenai cara-cara menyelamatkan laptop yang basah. Bukan tangkap basah, tetapi basah akibat tumpahan air. Kajian menunjukkan ramai pengguna makan dan minum ketika menggunakan laptop. Nak tahu cara-cara menyelamatkan laptop yang basah?? Jom kita baca.

Penyelesaian 1 : Pengeringan Semulajadi.

Cabut bateri dan terbalikkan laptop yang basah tu. Biarkan ianya kering secara semulajadi. Boleh juga kalau nak diletak dibawah kipas. Nak bagi lagi cepat kering. Jangan guna hot air blower, habis cair bahan-bahan plastik dalam laptop yang basah tu. Dah satu hal lagi nak tukar casing dia pula. Biarkan selama 2 hari. Selepas itu, cuba periksa pada kesan tumpahan itu. Kalau dah kering, korang boleh pasang semula bateri dan power up laptop itu.

Penyelesaian 2 : Bahan Pengering

Bahan pengering ini terdiri dari gel silika yang selalu ada dalam kotak barangan baru. Tak kira la kotak kasut ataupun kotak henpon. Mesti ada benda ni. Tujuannya bukan sebagai aksesori tapi untuk mengeringkan bahan elektronik tersebut dan mengelakkan air/wap dari berkumpul. Masukkan laptop yang basah tu dalam 1 bekas yang boleh ditutup rapat. Contohnya baldi. Letakkan gel silika dan tutup baldi dengan plastik. Gamkan sekeliling mulut baldi untuk mengelakkan wap/air dari luar berkumpul sebelum sempat gel silika habis keringkan laptop korang yang basah tu. Beras pun boleh digunakan juga. Biarkan selama 2 hari. Setelah itu, cuba power up laptop.

Penyelesaian 3 : Buka Papan Kekunci

Penyelesaian ini adalah teknikal sedikit. Bergantung kepada jenis laptop, skru yang perlu dibuka adalah dari 1-7 biji. Mula-mula, pastikan air yang tertumpah itu dikeluarkan. Caranya, sengetkan laptop yang basah itu supaya air mengalir jatuh. Kemudian, lap kering saki baki air yang tinggal. Setelah papan kekunci dibuka, lap lebihan air di bawah papan kekunci sehingga kering. Gunakan kain bersih untuk mengelakkan habuk.

Penyelesaian 4 : Alkohol

Penggunaan alkohol juga mampu membantu menghilangkan kesair tumpahan selain air. sediakan bekas yang besar, kemudian rendamkan laptop yang basah dalam alkohol itu. Mesti gunakan 99% alkohol tulen. Kurang dari 99% alkohol tulen, boleh menyebabkan litar pintas kepada laptop yang basah tu. Pastikan alkohol meresap masuk pada semua komponen laptop. Biarkan kering selama 2 hari setelah dikeluarkan dari alkohol itu. Kebiasaannya kedai-kedai banyak guna skil ni. Di Lowyat Plaza ataupun mana-mana kedai repair komputer, mesti ada benda ni.

Penyelesaian 5 : Dismantle

Kalau semua pun dah tak boleh. Terpaksalah korang buka laptop yang basah tu. Buka bermaksud, korang leraikan setiap komponen laptop itu. Ini kategori 'Super' teknikal. Teknik pembersihan juga sama. Gunakan 99% alkohol tulen. Cumanya, tak payah rendam laptop yang basah tu, tapi cukup sekadar sapu dengan cotton swap atau cotton bud. Biarkan kering selama 2 hari, selepas itu pasang semula. Dan cuba hidupkan semula. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. untung korang, laptop selamat.

Kos : $$
Risk : Medium
Satisfaction : High

Cubalah praktikkan kalau laptop korang basah. Kalau hantar ke kedai, maybe kena cas $100-$250. Itu pun kalau kedai tu baik nak tolong repairkan. Silap hari bulan, dia cakap laptop dah rosak, kena beli baru. Korang pun trade-in je kat kedai tu laptop lama $50. Untung kedai tu berganda-ganda. Laptop secondhand boleh jual $600-$800. Korang rugi berganda.

arizs

from {desk}

Thursday, February 14, 2013

Saman AES dan Renew Roadtax? Bolehke?

Tergerak hati nak menulis berkenaan isu ini. Mesti ramai yang blur, boleh ke renew roadtax kalau ada saman AES. Aku pun dulu sama macam korang. Tertanya-tanya. Siap ambil keputusan nak bayar lagi saman tu. Tapi setelah aku mencuba renew roadtax, rupa-rupanya boleh lah. Ingatkan walaupun AES ditangguhkan, sesiapa yang dah kena saman tu, wajib bayar, kalau tak tak boleh renew roadtax.

Untuk sementara ini, boleh ye tuan puan sekalian untuk renew roadtax walaupun ada saman AES. Petang semalam roadtax aku dah sampai. Selasa malam aku cuba renew melalui myeg. Yeah!

Abaikan kelajuan tu. Aku dengar, ada yang cecah 798KM. Haha.
Dan ini contoh saman AES di myeg. Takde gambar sebab surat sampai kat kampung. Sementara ini, AES ditangguhkan. jadi, bolehlah tuan puan renew roadtax tu. Dah diluluskan nanti, bayar lah saman tu ye.

arizs

from {desk}

Ubat Sembelit Dan Buasir Power!

Hari ini, 13 februari, selepasnya 12 februari, sebelum 14 februari, dalam tarikh 13 februari (baru lepas layan Hantu Kak Limah 2), aku nak menulis sedikit tentang kesihatan. Ramai orang Malaysia ni mengabaikan kesihatan. Kalau tengok muka, perghhh... cantik meletops, hensem meleleh. Tapi dalam badan, dah macam kereta buruk. Apa pun tak boleh.

Kalau di baca tajuk tu, macam aku ni sakit kronik je. Aku ada masalah constipation je, ataupun sakit orang kuat sabar. mana tak kuat sabar, sekali masuk toilet, 30-45 minit dah tentu jer. Sabar betul. Hahaha... Setelah dirujuk pada pakar sakit a.k.a wife aku, dia cadangkan beli ubat seperti dalam gambar di bawah.
nu~clonz - Pencuci perut paling power.
Sila abaikan ubat kat belakang tu. itu untuk anak2 dan isteri.
Inilah dia ubat yang aku makan setiap pagi dan petang. Memang power. Tepat jam 6pagi, aku akan bangun dan berlari ke tandas untuk mengosongkan perut. Malam pula, area pukul 10malam tu, memang masa yang ditunggu. Bila nak tidur, badan pun lega, perut selesa, jiwa bahagia.

Benda ni tak susah nak makannya. Pil je pun. 2 biji pagi, 2 biji petang. 1 botol ada 100 kapsul. Lebih kurang 25 hari la untuk guna ubat ni. Test dulu. Jangan terus nak borong 10 botol. Buatnya tak sesuai dengan korang, kan dah rugi. Selama yang aku guna ni, constipation atau bahasa melayunya, sembelit memang dah takde. Kalau dulu, nak membuang sekali sehari tu pun payah. Tapi sekarang ni, 2 kali sehari tu normal. Memang best sebab perut sentiasa kosong, buncit pun hilang. 6 pack je yang tak keluar lagi. Wife cakap yang ada 1 pack je. Hahaha...

Jangan di biar perut itu kotor. Silap haribulan, dapat kanser usus. Lagi naya. Bersihkan perut korang. Nak solat pun tenang. Perut kalau kotor, badan jadi tak bermaya. Kalau orang cina, mereka percaya pada Chi. Tenaga chi ni berkumpul di perut. Kalau perut kotor, apa tenaga nak di simpan. Senang cerita, macam komik naruto tu. simpan chakra kat perut. (Sah kome kaki komik kalau paham ni.)

Bulan lepas, aku buat full health check. Result yang aku dapat;

BMI - Overweight. (Sebab aku ni rendang orangnya)
Nadi - 58 (kategori atlet kata doktor)
Berat - 61.3kg. Dari 65kg. (ok sangat dah tu)

Takde nak buat promosi. Sesiapa nak beli ubat sembelit dan buasir power ni, boleh contact direct dengan agen dia di sini.

arizs

from {desk}

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!