Pages

Thursday, June 26, 2008

Running After Happyness

" Congratulations Pada Raja Emilia & Fiance,
For Your Engagement. "

Aku baru dapat tahu kawan aku dah bertunang. Classmate form 3 dulu. Setahu aku, dia ni single available. Awal-awal tahun dulu la dia cakap pada aku. Tapi, tup tup, dah bertunang. Haih, nie la yang orang kata jodoh ni. Syukur aku tengok kawan-kawan aku bahagia. Kawan-kawan je ker? Aku ni tak payah bahagia ker? Tu soalan yang susah sangat nak di jawap tu. Dalam aku dok happy untuk kawan-kawan aku ni, still aku rasa hollow gak dalam diri. Yerla, orang semua dah berlumba-lumba nak bina keluarga, aku sibuk nak bina empayar sendiri. Nak ada kemewahan sendiri. Untung ke, rugi ke, aku sendiri pun tak tahu. Masa je yang menentukan. Agaknya la kan, kalau la aku berjaya bina empayar aku nanti, bahagia ke aku ni?

Pikir balik soalan tu, takut juga aku. Buatnya aku tak bahagia, tak ke rugi usia muda aku. Tak enjoy life remaja aku. Argh, gila la. Minta-minta jangan la jadi camtu. Simpang 44 tau. Ada harta tapi tak bahagia. Seram sejuk aku pikir. Mak aku kata, harta bukan penentu kebahagiaan. Betul tu. Memang sangat-sangat tak dinafikan. Tapi dalam dunia yang serba materialistik ni, boleh ker kita survive hanya dengan cukup-cukup makan. Gila la. Korang pun boleh pikir kan. Belanja sehari korang jer dah berapa dah. Tak masuk topup lagi, bil macam-macam bil. Memang sure tak cukup punya. Tak tau la kalau aku jer yang pikir gitu.

Anyway, biarlah aku je yang pikirkan perkara ni. Bahagia ke aku? Tak bahagia ke aku? Redha ke aku? Menyesal ke aku? Allah lebih mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi. Tapi, pada kawan-kawan aku, ini nasihat aku. Buat la sesuatu yang korang takkan rasa menyesal bila tua nanti. No regret orang putih kata.

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!