Pages

Thursday, August 07, 2008

My Horoscope Vs. Data Congestions.

"If you have any concerns of your health, you need to follow up on them today!"

Itu apa yang horoskop aku tulis. Aku pun bukannya percaya sangat. Tapi aku suka baca. Its one way to boost up keyakinan diri aku. Ada baik buruk juga benda ni. Tapi aku tak percaya pada horoskop cinta. Cam merepek jer. Kekadang aku baca, ada yang tak munasabah langsung tuh. Tapi takpe la. Kalau tak, takde la namanya horoskop kan.

Tapi, yang aku hairannya, ada juga org subscribe pada horoskop ni. Yang taksub pun ramai. Maybe diaorang buat macam aku kot Just nak boost confident. Or suka-suka baca. Apa pendapat korang? Mesti korang ada pendapat tersendiri tentang hal horoskop ni.

Kenapa aku cerita pasal horoskop ni?

Aku sendiri pun tak tahu kenapa Aku just rasa macam nak bercerita pasal horoskop. Itu saja. Lagipun, lately aku tak bersemangat. Ada something dalam diri aku yang dah berubah. Sebelum aku terlupa, aku ada pertanyaan pada korang.

Apa korang rasa, bila someone yang rapat dengan korang pandang hina pada korang?

Macamana pandang hina tuh? Takkan korang tak tau kan. Cara diaorang tengok korang, cara diaorang cakap, body language diaorang. Semua tuh bagi hints pada kita. Cuma cara kita mentafsir jer. Kenapa tetiba aku tanya?

Itu yang aku lalui last week. Details tak perlu lah aku ceritakan. Cukup kalau aku cakap, their looks kill my souls. Selebihnya, korang pikir sendiri. Aku cukup jelak dengan sikap menghina diaorang ni. Don't judge the book by its cover. Aku ni tergolong dalam kategori yang baik-baik la juga, besides my appearance yang macam hooligans ni. But, don't push it. Or I might snap back to my real self.

Kenapa marah? Ada kawan aku ni, cerita pada aku macamana pakwe dia hina dia. Kesian. Aku ni, walaupun nakal, tapi takde la sampai hina orang. Still tahu limit lagi. Lagipun, I'm not perfect. Biler dengar kawan aku nih cerita, aku jadi menyampah dengan bf dia. Kalau la hensem, bergaya, kaca macam Orlando Bloom tuh, takpe la juga. Kalau setakat baru pakai keta kancil or wira, tak payah nak berlagak la. Sama jer dengan orang lain.

Kenapa yer kita ni selalu judge orang by appearance? Aku tak nafikan aku pun macam tuh. Kalau aku nampak awek lawa, sure aku cakap awek tuh lawa. Kalau nampak awek bertudung macam ustazah, aku assume awek tuh baik + kuat agama. Padahal belum tentu lagi kan. Maybe aku kena ubah diri aku dulu. Then, baru aku ada hak untuk bercakap pasal ini.

Ok la, aku tak pasti apa yang aku tulis. Rasanya this time takde langsung ilmiah dalam penulisan aku. Yang pasti, Arithmetic Logic Unit aku dah pun berhenti, Cache aku dah tak mampu menanggung Data Combustion yang terlalu banyak, sehinggakan Processor aku terpaksa di'Overclock ke tahap tertinggi, dan data storage aku dah mengalami Data Congestions, maka aku perlu mem'Format diri aku dahulu.

Salam hormat;
Fakir Andalusia

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!