Pages

Tuesday, November 25, 2008

Milik Siapa Harta Itu?


Pic: Yati (Technician ICT). Baru pas cekik ayam Kenny Roger.
Muka satisfied giler. Hahaha...

Rajinnya aku upate blog sekarang ni. Kenapa yer? Dah tentu je sebab aku stress. Bila aku stress, aku mesti nak luahkan apa yang terbuku dalam dada aku. Biasa la, kalau tak, boleh gila aku dengan semua tekanan di sekeliling aku. Aku kerja bagai orang yang tak punya masa untuk hidup hari ini. Maaf pada Fieza dan sh0e yang sms, tapi tak reply balik. Time is money. Tengah drive pun. Thanks a lot sebab ambil berat tentang ris. I'm okay, live and kicking. Semalam a bit stress, tapi bila tengok support dari kawan-kawan, rasa tak berbaloi nak stress. Seharian bekerja, terlupa nak minum air masak. Pergh, petang tadi serta merta badan rasa panas semacam. Dalam hati ini dah tergerak dah, ini mesti migrain punya la. Kurang-kurang 3 hari jammed. Balik petang tadi, terus mandi. Solat asar pastu. Tenangkan hati. Pastu keluar balik.

Syukur malam ini takde apa-apa yang terjadi. Almost nak pengsan gak lepas maghrib tadi. (tue la, dah tau ada migrain, taknak jaga makan.) Tak makan 1 hari tue. Busy sangat. Harap makan Kenny Rogers jer petang tadi. Okay la tu kan. Dari nothing at all. Balik rumah pun kejap jer. Tunjuk muka. Mama pun hairan. Sehari takde dekat rumah. Mana taknya, pagi-pagi lagi pergi jumpa Cikgu Isa. Settlekan pasal bayaran. Pastu sembang-sembang dengan dia. Kata Cikgu Isa, "Rajin-rajin bersedekah. Macam Jutawan Al-Bukhari tu. Katanya, 1/3 harta ini milik dia, 1/3 milik Allah, dan 1/3 lagi adalah hakmilik bersama". Maksud hakmilik bersama tu, kita berkongsi dengan yang memerlukan A.K.A bersedekah.

Setakat mana sedekah aku? Ikhlas ke? Aku akui aku kurang bersedekah. Sedangkan bersedekah itu mudah. Apa yang kita mampu. Tapi, masih ramai lagi yang tak bersedekah. (Termasuk aku la tu.) Kata Cikgu Isa lagi, "Insya'Allah Allah akan pulangkan berkali ganda lagi dari apa yang kita sedekahkan. Yang penting yakin". Yakin tu yang susah. Ikhlas pun susah. Aku ni kalau bersedekah, memang aku tak tahu nilai berapa, tapi selalu lepas tu tertanya-tanya dalam hati. Aku tak yakin. Takpe la, pelan-pelan develop. Dugaan Allah.

Korang dah bersedekah? Setakat mana sedekah korang? Tepuk dada, tanya selera.

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!