Pages

Thursday, November 27, 2008

Rumah Baruku, Tinggi Di Tingkat 4.

Apa cerita ni? Apa sudah jadi? Aku nak pindah rumah lagi. Kali ini, aku nak duduk tingkat 4 lak. Tinggi beb. Jangan main-main. Semalam malam, aku pergi basuh rumah. Tempat istirehat aku yang seterusnya. Tempat yang mungkin akan menjadi istana aku dengan Lily nanti. Geli la pulak bunyinya. Kenapa malam? Kenapa tak siang? Nak siang macam mana. Aku kerja siang. Balik pun dah pukul 6 lebih. Dah tu nak tunggu time aku free, tak tau biler lagi. Masa makin suntuk. Karang kena halau dari Office karang, naya je.


Scenery dari atas tu pun cantik. Kira kalau stress tuh, senang la aku nak terjun ke bawah. Takde la, gurau jer tuh. Tapi scene memang cantik. Kira menenangkan la. Aku pun tak kisah duduk mana. Asalkan selesa. Lagipun aku dah mula nak siapkan rumah. Nak menerima orang ke-2 ini.

Jenuh aku basuh lantai semalam. Kebas kepala bahu aku. Yang tak bestnya, aku dah la sakit kepala seharian. Pergi lak buat kerja berat camtu. Tapi ada hikmahnya. Dek kerana terlalu hebat sental lantai tu, hilang terus sakit kepala aku. Terasa bahang panas dalam badan tu naik ke kepala, dan terus menghilang. Adam pulak memeriahkan suasana. Tah apa tah dia bagi arahan. Bukan paham pun. Dia je yang paham arahan dia.


Rumahnya ok. 3 bilik tidur, 2bilik air. Simple je. Sesuai la untuk aku mulakan hidup. Sementara rumah aku di Klebang Putra nak siap kan. Isk, nak kena carik LCD TV ni. 32" pun dah cukup cantik. Kalau 42" tu, rezeki beb. Ada sesapa nak sponsor ker??

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!