Pages

Monday, December 15, 2008

HTPC @ Home Theater PC

Nokia longgok. Mari, Mari! Murah, Murah!

Dekat Pasar Thai dalam Ipoh Parade.

LCD TV tengah dipasang oleh Technician.

Akhirnya! Aku dah pun beli LCD TV 32". Kopak juga la poket aku. Tapi, demi kegilaan aku pada teknologi, aku sanggup. Jangan aku jadi gila, cukup le. Tadi aku gi jalan-jalan dekat Tesco Kampar. Sekali lagi, aku dapat tengok Nokia longgok. This time aku berjaya snap gambar. Tapi Tesco Kampar lagi better dari Tesco Ipoh. Banyak choices untuk barangan elektrik.

HTPC (Home Theater PC) aku.

2-3 hari ni, sibuk pergi kenduri kahwin kawan-kawan je. Mula-mula pergi kenduri kahwin Emy Erdayu, pastu pergi kendurinya Hamdan. Isk, seronok deme. Dah kahwin dah. Kenduri kahwin Emy dekat Gerik. Semangat gila aku drive pergi sana. Sedap lauk-lauk kenduri dia. Rugi aku tak tambah, tak pun tapau bawak balik. Hehe. Dari Ipoh aku bertolak around kol 10 A.M, dan aku sampai rumah Emy around pukul 1 P.M. Bawak macam siput. 80-90km/h je. Takut kena speedtrap punya pasal.

Dari Kiri: Emy Erdayu, Aku "Yang Ensem", Lily

On the way balik tu, ingat nak masuk ke Taman Arkeologi Kota tampan, tapi tak larat la pula. Aku mengantuk sangat dah time tu. So, aku teruskan jer la perjalanan balik ke Ipoh. Cuma singgah beli ikan pekasam jer. Aku kalau lalu area Gerik/Lenggong, memang cari ikan pekasam je. Family aku pun suka makan ikan pekasam ni. Cuma sayangnya, ikan puyu pekasam dah takde. Makcik yang jual tu cakap, ikan puyu memang susah nak cari. Tapi itu la pun ikan yang sedap buat pekasam. Meleleh air liur aku ni sebut pasal ikan pekasam.

Testing setup HTPC. Berpeluh nak buat ni.

Hujung minggu ni, aku akan bergelar tunangan orang. Ceh, hampeh jer title tu. Tapi nak buat macamana, dah sampai masa kan. Persiapan? takde beb. Tu semua mama yang uruskan. Aku sponsor duit jer. Nak beli apa pun, aku kuar modal je. The rest, diaorang handle. Buat masa sekarang ni, aku tengah discuss masa bila nikah. Actually, aku dengan Lily nak nikah awal. Bukan apa, kami pun asyik bersama je. Bahaya. Tapi mak Lily tak setuju. Tak tau kenapa camtu. Aku nak cakap lebih-lebih pun, siapa aku ni. Bantulah aku?!

Hamdan Dan Isteri. Congrats Bro!

Hari ni, aku kena kerja la. Dah lama pending kerja aku. Dahsyat betul penangan orang nak kahwin ni. Kelabu asap beb. Tapi takpe, aku kena kuatkan semangat. Nasib baik la hujung tahun. Kalau tak, naya aku.

Gambar ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang dah mati.

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!