Pages

Tuesday, December 16, 2008

Kala Malam Bulan Hilang

Twilight Zone: Sanp pakai Samsung u700 je beb! tengok Tangan la!

Orait! Hari baru bermula. Semalam aku dah gi Cameron Highlands. Agak-agak korang la kan, kol berapa aku pergi sana? Tak Tau? Aku gi kol 7mlm. Sesaja tukar angin travel malam lak ke sana. Seronok juga pergi sana waktu malam. Cantik juga rupanya Cameron Highlands waktu malam. Ingatkan tak cantik. Huhu. Sangat berpuashati juga la aku pergi sana. Cuacanya? Fuhh! Jangan tanya la. Sejuk kowkow nyer. Tahan gigil juga la aku ni. Tapi yang kureng bestnya, kedai-kedai kat sana kol 10mlm dah tutup bisnes. Cam kureng la kan. Padahal kita kat bawah ni, kol 10mlm tuh mcm baru nak mula hidup. Baru nk gi jalan-jalan cari makan gitu.

Shell Brinchang di kala malam bulan hilang.

Aku ni tengah dok menunggu Technician Astro datang pasang Astro kat umah ni. Lambat nak mampus. Aku dah lapor ni. Dari pagi tak makan lagi. Installation Astro kena bayo RM80. Aku amik channel biasa-biasa jer. Tapi aku sumbat Movie channel sekali. Takpe la kan. Bukannya ada budak-budak kat umah ni. Takde orang nak dok ngadap tv ni sepanjang masa.

Hotel Equatorial di waktu malam. Cameron beb!

Aku selalu pikir. Kenapa aku tengok blog orang lain, ada je topik diaorang nak discuss. Aku lak, takde topiknya. Balik-balik story tentang aku je. Gi jalan sana, gi melawat sini. Cam hampeh je kan. Kan, kan? Tapi nak buat camner. Dah aku memang suka berjalan-jalan. Aku nak discuss topik per pun, aku tak tau. So, tulis jer la per yang aku tau.

Jalan yang berkabus. Tak nampak jalan beb!

Semalam juga, aku telah membazirkan duit aku beli Windows Vista Home Premium Ori dan juga Harddisk Western Digital 500GB SataII. Sekarang, pc aku dah ada space sebanyak 6 Terabyte. Tak layan Gigabyte dah. Low class. Haha. Buat masa sekarang, aku baru ada 150 movie dalam komp aku. Still download lagi. Hopefully dapat la kumpul another 400-500 movie lagi. Kata nak buat HTPC kan. So, korang yang nak datang umah aku, bawak la popcorn banyak-banyak. Sempoi!

Vista dan Harddisk Ku!

Adeh! Bape ari jer lagi ni nak sampai 21hb. Kecut perut lak. Bukan pe. Nak pegang tanggungjawab tu nanti. Hee, aku ni memang fail bab-bab ni. Sesapa nak bagi idea??

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!