Pages

Tuesday, March 24, 2009

Sebelum, Semasa & Selepas

Saat maghrib menjelma, dan aku mendapat ilham menulis blog. Apa maknanya ini?? 10 hari!! 10 hari bergelar suami. Mungkin masih belum terasa perasaan bergelar suami itu. Aku masih lagi begini, aku masih disini. Isteri di Puncak Alam, Selangor bekerja, dan aku di Ipoh. Terasa juga kepincangan hidup di sini tapi apakan daya, masing-masing perlu berkorban untuk masa depan yang lebih baik.

Hari ini, aku nak story perasaan sebelum, semasa, dan selepas akad nikah. Bagi guys kat luar tu yang masih belum berkahwin, akan berkahwin, baca-baca la post ini. Keramat beb. Mungkin akan memberikan panduan pada korang semua.

Sebelum:

Ahad pagi. Hari aku nikah dengan Lily. Perasaan?? Cool. Maybe sebab aku dah bersedia, maybe juga sebab berkat doa semua ahli keluarga aku. Kala jam 10pagi, apis sampai. Kami pun dah nak gerak ke masjid berhampiran rumah pengantin perempuan. Masih belum rasa apa-apa. Cool!!

Selepas 3/4 perjalanan, perut rasa kurang selesa, dada berdebar, tadinya rancak bersembang dengan apis dalam kereta, dah mula diam. Isk, apa kes ni. Ada lagi 20km je untuk sampai ke destinasi. Dada makin berdebar. Tapi bukan debaran seperti orang lepas pecut 100m.

Sampai di masjid, ati dah tak tentu hala. Untung apis ada. Boleh bawak bersembang. Cuba bersembang perkara yang simple, yang tak berkaitan dengan nikah. Tarik nafas panjang-panjang. Udara yang masuk dalam kerongkong, panas macam lahar. Sweating?? Haih, untung ada aircond. Detik berlalu, yang ditunggu telah tiba. Lily datang, pakai baju kurung. Cantik!

Opocot! Terkejut dengar suara naib qadi bagi salam. Kecut perut dah ini. Banyak-banyak baca ayat 3qul. Tarik nafas panjang-panjang. Cooldown. Duduk depan naib qadi, masih boleh kawal ketar di dada. Saat bacakan ikrar, terasa something dalam hati. Sejuk! Dada jadi tenang. Lega yang amat.

Semasa:

Bersalam dengan naib qadi. Sejuknya rasa tangan naib qadi ini. Ke tangan aku yang sejuk?? Sayup-sayup je dengar suara naib qadi membacakan lafaz. Saat tangan disentak kuat, terus aku melafazkan nikah. Andai orang kata praktis banyak-banyak, tak bebaloi. Apa yang dipraktiskan tidak membantu saat itu. Hanya kuasa Allah untuk menjadikannya mudah yang menyempurnakan segalanya. Fikiran kosong, lafaz lancar di mulut, wujud dari hati, bukan dari fikiran manusia yang penuh tipu daya. Selesai sudah lafaz aku ucapkan. Lantas doa dibacakan.

Masih terasa sejuk seluruh badan. Peluh di dahi tak disedari. Haih, ini rupanya perasaan orang menikah. Alhamdulillah, aku hanya perlu buat sekali. Saat ini, dunia rasa berlainan. Pandangan telah berubah. Tanggungjawab yang dipikul bukan mudah.

Selepas:

Saat isteri salam dan mencium tangan aku, masih lagi terasa bahang kepanasan. Darah mengalir laju dalam setiap rongga urat ini. Mungkin venapulmonari dan venakava aku mengecil sangat. Kecut perut katakan. Bagi aku, selesai sudah akad nikah. Lily milik aku. Kini, cabaran baru bermula.

Pada semua kawan yang mengucapkan tahniah & selamat pengantin baru, keprihatinan kalian, aku & isteri takkan lupakan. Tanpa sokongan kalian, ini semua takkan terjadi. Thanks pada yang pernah memberikan khidmat nasihat tatkala terjadi perselisihan antara aku & isteri dulu.

Sincerely;

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!