Pages

Tuesday, April 07, 2009

Walk through memory lane.

Nak citer haper erk kali ni?? Hokey, dah dapat idea. Aku nak story morry citer pasal reunion techsis batch 00/01 yang dah pun berlalu pada sabtu 4/4/09 aritu. Alkisah, techsis @ teknik seri iskandar, adalah sekolah pertama aku sebelum aku pindah(ditendang) ke teknik persiaran brash. 3 bulan je sekolah situ, tapi memori bagaikan 3 tahun. Dorm aku? Uthman 6. Short name dia U6. Warden mana tak kenal, cikgu mana tak tahu. Dorm paling baik dalam sejarah. Cemerlang sampai dormate ni asyik jadi sebutan di perhimpunan je. Edi, hisham adi, chikut, anip, pantai, epy, aku, and ramai lagi. Semua memang wanted list.

Apa story nak citer kat korang nih erk pasal kitaorang ni?? U6 ni paling famos sebab merupakan port ragging orang. Masalahnya bukan ragging junior, tapi ragging batch sendiri. Siapa tak kenal budak U6. Tapi ada juga cerita lawak kami. Ada 1 musim tu, kami main bola stokin. Korang bayangkan jer la. Stokin busuk tuh, kumpul-kumpul pastu wat bola. Pastu boleh lak main dalam dorm. Berpeluh-peluh macam dekat padang lak. Paling hampeh sape yang kena bola stokin kat muka.

Pastu, ada 1 malam tu diaorang ini pergi jadi antu pocong. Real tu. Siap ikat betul-betul, sapu kapur kasut kat muka sampai putih. Gila punya kerja. Amir "Pak Itam" jadi pocongnya. Terlompat-lompat dari dorm ke dorm. Bila dia sergah aku kat pintu dorm, spontan aku 'shoot' dahi dia. Terduduk juga la kawan tu. Si anep sepak pocong sekor lagi sampai jatuh katil. Hahaha... Macam orang gila kalau malam-malam hari. Dalam dorm pula, macam ada kelip-kelip atas katil. Merah je. Bara rokok. Dorm yang tak apply undang-undang sekolah. Merokok sesuka hati.

Pernah sekali, kami kenakan chikut yang 'poyo' sangat dengan lakonan 'menurun'. Haha... Pucat gila dah kawan tu. Sampai hutang si anep 5 hinggit pun kitaorang sebut. Ketar dah kawan tu jawap akan bayar. Haih. Gila punya kerja kawan-kawan aku. Hisham adi yang ustaz tu pun ikut sama. Tak macam ustaz pun. ustaz pun pukul orang, ikut berlakon main spirit, buli orang. Tapi semedang jer terlepas hukuman.

Pada semua dorm mates techsis U6, aku sayang korang semua. Edi, Hisham Adi, chikut, pantai, anep, pakis, lobos. Korang umpama nyawa aku. Bila aku pindah smti, nyawa aku pudar. Borink.

4/4 aritu, reunion berjaya dihadiri 60 orang lebih. Seronok jumpa kawan-kawan. Next post aku story citer reunion lak.

Sincerely;

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!