Sebelum terlupa, tahniah aku ucapkan pada kakak aku, Azwin Hazrina & suami dia sebab dah pun beroleh cahaya mata yang pertama, Amirul Hakimi. Lahir pada 5 Ogos '09 jam 7++ Malam di Hospital Raja Permaisuri bainun, Ipoh. Sangat la comel baby ini. Sejuk hati tengok baby semalam. Aku wonder, anak aku nanti macam tu la agaknya. Tapak kaki baby tu sebesar ibu jari aku je. So fragile. Besarnya anugerah Ilahi. Baby yang sekecil itu pun, boleh hidup dengan tenang. Ini kan kita yang dah besar, & boleh berfikir.
Cerita kakak aku nak dapatkan anak agak sedih juga. Susahnya tuhan saja yang tahu. Akak aku pernah mengandung setahun lebih yang lalu. tapi, anak yang dilahirkan tak cukup bulan, or dalam istilah medic'nya, PREM. Amirul Hazim nama baby tu. Cuma mampu bertahan 19 hari je di dunia ini. Kemudiannya, sekali lagi kakak aku mengandung, tapi keguguran. Ini kali yang ke-3 dan akhirnya berjaya juga dia.
Dan aku masih menantikan saat isteri aku pula. Itu sesuatu yang mendebarkan tapi sangat mengujakan.
"Rich men build wealth, successful men build network."
Sincerely;
alhamdulillah...tahniah, tahniah...
ReplyDeleteTu la, aku ni bila tah nak pegang anak sendiri. huhu...
ReplyDeletemesti lagi best saat ada baby sendiri nanti. congratulation! :) Ipoh juga baby ni lahir. hehe
ReplyDeletemana ada tempat lain dah. ipoh tanahair tercinta. Peliknya, tak pernah lak dating di padang polo. hehe~
ReplyDeletesangat comel bby tu.!
ReplyDelete