Semalam sehari suntuk kemas rumah dengan isteri. Isteri kemas bahagian ruang tamu, dapur, bilik tidur. Aku pula kemas bilik kucing je. Terpaksa pakai penutup hidung tu sebab berhabuk sangat. Ditambah pula dengan bulu kucing dan juga tah apa jenis bakteria lagi tah. Akhirnya selesai juga bilik kucing tu aku kemas. Sangat selesa sekarang kucing-kucing aku duduk. Aku nak cuci kemudian pun senang. Takde lagi pasir yang bertaburan dan makanan-makanan yang bersepah-sepah. Habis mengemas pun dah kol 6 petang. Lepas solat asar, isteri cakap tak larat nak memasak. Tengok-tengok jam, dah pukul 7 petang dah pun. Kelam kabut bersiap dan keluar. ingat nak pergi Medan Gopeng je, tapi dah lewat sangat. Alih-alih terus ke Jaya Jusco. Ingatkan ada la tempat nak berbuka di KFC ke, McD ke. Sekali semua penuh. Lastly berbuka minum air lemonade je.
Lepas solat maghrib kat surau Jusco, baru gi makan dekat Kenny rogers. Time solat tu seronok. Brader yang jadi imam tu, bacaannya sangat best. Tak tahu nak cakap camner la bestnya. Tapi memang best. Ramai juga orang solat di surau Jusco tu. Patut buat la besar sikit kan surau tu. Lepas makan di Kenny rogers, kami pergi jalan-jalan kat dalam Jusco tu. Bukan beli apa pun, cuma window shopping je. Nak beli baju raya pun, dah banyak sangat baju. Ramai orang shopping raya. Maybe takut nanti tak sempat dah nak shopping. Shopping boleh, tapi jangan sampai membazir dah la.
Nak stop blogging dulu. Nak siapkan sebutharga ini. Patut minggu lepas dah hantar, tapi dok tangguh je. Semangat sikit. Baby nak kuar bulan disember ini.
"Rich men build wealth, successful men build network."
Sincerely;
No comments:
Post a Comment
Berani komen?