Pages

Sunday, September 06, 2009

Pulang Ke Kampung.

Assalamualaikum.
Aku baru je balik dari kampung mak mertua aku. Sengaja balik sana hujung minggu ini. Berbuka puasa dan bersahur bersama-sama. Meriah walaupun tak ramai yang balik. Anak buah kami yang terbaru, Syahindah dah pun chubby. 6 bulan dah umurnya. Sedap pegang badannya. Mantap. Pandai sangat main. Tiap kali aku acah, gelak-gelak lak dia. Penuh kamera aku dengan gambar dia je.
Hari sabtu tu, on the way ke Teluk Intan, aku direct terus ke Sabak Bernam. Bukan buat apa pun. Aku pergi shopping barang makanan. Seafood la semestinya. Syok betul beli makanan. Beli ikan merah, udang galah dan macam-macam lagi. Macam orang tak pernah jumpa ikan je. Cuma aku tak sempat nak singgah di Sungai Besar. Mana nak buatnya, sampai ke Sabak Bernam pun dah pukul 5 lebih. Timing tak kena la. Lagipun sepanjang perjalanan tak speeding sangat. Bahaya nak speeding. Sekarang ini tengah musim ops sikap. Silap sikit, kena saman la jawapnya.

Pagi tadi pula, sebelum balik ke Ipoh, sempat la aku ambil gambar-gambar di sekeliling rumah mak mertua aku. Saja-saja je. Bukannya professional sangat pun. Seronok ambil gambar tu yang sebenarnya. Sempat la juga aku ambil gambar kucing, bunga-bunga, ayam dan tah apa lagi tah. Janji aku puas hati.
Sampai di Ipoh petang tadi, terus pergi kedai kawan aku. Tengok stok kucing baru. Ada 4 ekor yang baru. Dah pun aku masukkan dalam blog kucing aku. Sesiapa nak tengok or nak beli, pergi ke blog kucing aku. Sangat-sangat dialu-alukan.


"Rich men build wealth, successful men build network."

Sincerely;


Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!