Pages

Friday, September 04, 2009

Cerita Bangang Di Klinik Kesihatan Hillcity.

Yes! Dah pun transfer gambar-gambar ke dalam laptop. Sekarang nak letakkan gambar-gambar itu dalam blog ini pula. Jadi, semua orang boleh view kualitinya. Macam pro je ambil gambar. Diulangi, saya bukan jurukamera profesional. Gambar pun harap-harap paham la.

Semalam bawa wife pergi check up di klinik kesihatan Hillcity. Jam 7:30 pagi kami dah bertolak. Walhal rumah tak jauh pun dari klinik tu. Nak dijadikan cerita, dari jam 8:00 pagi kami sampai, kami balik jam 12:30 tengahari. Bayangkan betapa lembab dan tak teraturnya pengurusan di klinik tu. Isteri dah marah-marah dah. Orang mengandung kan. Letih tunggu lama-lama. Tah kenapa la orang-orang yang kerja di klinik tu tak paham-paham. Tak pasti samada diaorang bodoh ke, lembab ke, atau complacent dengan life diaorang sekarang. Sangat annoying betul. Wasting time berjam-jam hanya untuk check up.

Paling menyakitkan hati, doktor tu minta wife buat urine test lagi sekali. Pagi-pagi tadi waktu daftar, dah buat. Bila suruh pakai laporan test yang sedia ada, doktor tu cakap tak boleh pakai. Ujiannya tak sama. Kalau dah tahu macam tu, kenapa tak buat je waktu kali pertama buat test tu. Tak ke itu menunjukkan betapa tak teraturnya management di situ. Hampeh~

Di ingatkan lah pada sesiapa yang nak mendaftar di klinik kesihatan Hillcity, silalah bawa bantal dan tilam secukupnya. Memang anda akan tertidur dengan lenanya menunggukan sesi anda tu nanti.

"Rich men build wealth, successful men build network."

Sincerely;

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!