Assalamualaikum.
Selamat hari raya. Dah 13 hari raya dah kita lalui. Meriah ke tak raya tahun ni, masing-masing jawab. Bagi aku, raya tahun ni lebih meriah dari raya tahun lepas. Tolak raya zaman aku budak-budak la. Zaman dulu kalau raya, memang seronok. Seronok dapat main mercun, main api sampai pagi, tak payah belajar, dapat duit raya, dan macam-macam keseronokan lagi la. Sekarang ni meriahnya cara lain pula. Takkan sekarang dah tua-tua pun dapat duit raya. Apa ke hal ngko? Haha...
Sekarang ni bila baca dalam newspaper, ada je berita budak-budak putus jari akibat main mercun. Hairan juga aku. Zaman aku dulu pun dahsyat gak main mercun. Mercun apa ko nak. Mercun katak? Thunderclap? Thundercat? Meriam buluh? Meriam Tanah? Batang betik? Sebut je. Semua aku dah rasa. Mercun padi meletup dalam tangan pun pernah. Tapi tak pulak putusnya. Mungkin disebabkan tahap sengal budak-budak zaman dulu tinggi, tu yang badan sekor-sekor macam badak air. Keras nak mampus. Budak-budak sekarang ini, badan manja sangat. Kene cekenit pun bengkak cam kena penumbuk. Sedih aku tengok budak zaman sekarang ni. Tapi nak tunjuk hero main mercun gak.
Teringat satu kisah ini. Kisah aku le. Pada malam ramadhan tah yang keberapa, tahun berapa pun aku tak ingat. Aku patutnya berada di surau bersama ayah aku solat terawih. Tapi, dek kerana aku teringin sangat nak men'try meriam tanah ciptaan aku dan "abang wadi"(kawan aku) petang tadi. Malam tu aku pun ponteng gi surau. Seronok teramat sangat la aku main meriam tanah. Gedebum! Gedebum! Satu kampung boleh dengar bunyi meriam aku. Seronok punya pasal, tengok-tengok jam dah terlajak time. Ni sure kantoi dengan abah ni. Balik tu memang terkantoi pun. Abah dah ada kat rumah. Masuk-masuk dalam rumah je, tak banyak cakap, terus hinggap rotan kat belakang. Biasa la. Kulit keras cam kulit biawak. Tak nangis beb! Mata merah skit je. Hahaha...
Sampai sekarang ni, tobat dah tak main mercun lagi. Nak beli mercun pun rasa cam tak sesuai dah. Pe kejadahnya orang tua yang overexcited main mercun ni. Tiap kali dengar bunyi mercun, mesti senyum. Teringat zaman kecik-kecik dulu.
Pada korang kanak-kanak zaman sekarang, jangan main mercun. Korang takde kelayakan. Korang main counter strike ke, DOTA ke boleh le. Itu jer skill korang ada. Selamat hari raya aidilfitri pada semua. Maaf sebab tak berdaya update selalu sekarang. Otak aku pun tak berapa boleh update dah sekarang ni. Hahaha....
"Rich men build wealth, successful men build network."
Sincerely;
slmt ari raya !:)
ReplyDeletekecik2 dulu parents bagi main bunga api je (- -"). mercun parents tak bagi main. nasib baik kena cekenit tetap tak bengkak mcm kena penumbuk.
ReplyDeletehaha.
anyway, selamat hari raya maaf zahir batin :)
haha... bunga api je ke. tak thrill le. pastu kena gak erk gigit cekenit. sian dia. pengalaman tu. bila lagi nak rasa kan.
ReplyDeleteselamat hari raya juga. Maaf zahir & batin.