Pages

Monday, October 05, 2009

Crank 4!



Haipp! Aku meng'update lagi blog. Tah macam ter'excited lak nak update blog. Bukan ada story nak cerita pun. Nak story pasal raya pun, raya dah nak habis dah. Dah basi. Baik la citer pasal lain. Aku ni tengah menjaga abang aku di rumah. Korang mesti pelik kenapa lak aku nak jaga abang aku sendiri. Abang aku ni mengalami depression. Kira tekanan perasaan la senang citer. Mak ayah aku lak pergi australia. Pergi bercuti. Diaorang pun dah letih layan ragam abang aku agaknya.

Dua hari lepas. Aku baru nak landing tidur kat rumah aku. Suddenly henpon aku berbunyi. Dah tak sedap hati dah aku ni. Jawap-jawap je henpon, adik aku cakap abang aku buat hal. Sudah! Mampos aku. Kelam kabut aku balik rumah family aku. Dalam hati ni, tuhan saja yang tahu. Sampai je di rumah family aku, polis dah ada. Lagi aku tambah panik. Terus parking kereta. Dah tak tahu nak wat apa ni. Hal berkait polis ni memang aku fobia sikit.

Rupanya abang aku dah pecahkan cermin sliding door rumah sebelah ini. Ni kes macam dulu lagi la. Dulu dah hancurkan kereta orang. Ni rumah orang pula. Kenapa la abang aku ni. Pening kepala kami satu family pikir. Aku ni direct terus tanya abang aku apa dia dah buat. Dia diam je. Aku pun story dengan polis tu, dengan jiran sebelah rumah sama. Baru tau dia lastik cermin sliding door tu sampai pecah. Nak kata macamana. Cermin tu dah pecah. Nak taknak kena la bertanggungjawab. Nasib la jiran tu understanding juga. Akhirnya kes tu settle camtu je. Tapi still kena ganti sliding door tu la.
Dalam dok cemas tu, terpikir gak aku. Camni la rasa jadi bapa agaknya. Bila anak buat hal, memang tak senang duduk la. Faham dah sikit rasa jadi bapa. Tunggu je la turn anak aku nanti. Harap anak aku dengar cakap la. Jangan la ikut bapa dia dulu. Amin~

"Rich men build wealth, successful men build network."

Sincerely;

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!