Pages

Saturday, December 19, 2009

Perodua Alza.

Yahoo! Seronok sangat aku ni. Bukan apanya. Aku baru bali dari test drive Perodua Alza. Selesa betul. At least kalau aku trade-in Myvi aku tu, rasa berbaloi juga. Dari semalam lagi, dok terbayang nak tukar kereta pakai Perodua Alza. Bila difikirkan, masa depan nanti anak dah ada, bisnes pun makin berkembang, mesti nak kereta yang lebih selesa. Apa salahnya tukar kereta kepada Alza. Luas pun luas. Tadi waktu test drive, selesa je rasanya. Pemanduan pun lancar. Takde la macam susah nak handle pe ker. Rasa macam bawak myvi juga. Cuma lebih panjang.

Pandangan aku la, Alza ni sesuai kepada keluarga yang baru ada anak 2-3 orang. Dari segi kuasa kereta, mungkin sama je dengan myvi. Malahan, myvi aku rasa lebih smooth dan ringan berbanding alza. Tapi yerla kan, perbandingannya tak sama. Ada ke bezakan myvi dengan alza. Untuk driving yang lebih smooth, tukar sportrim alza dari 15" kepada 16". Tayar pun tukar pakai 185/60. Sure smooth kereta pergi. Bunyi pun tak bising sangat. Bukan bising sebab sound dampener dia tak berfungsi, tapi sebab jarak tayar dengan body tu besar. Angin banyak masuk ikut situ, dan hasilkan bunyi berdengung yang kuat.

Isteri aku pun cakap Alza luas. Haih. Gaya2 macam akan tukar kereta je. Tapi bukan dalam masa terdekat le. Maybe bulan 3 nanti kot. Apa2 hal pun, tunggu pengumuman dari aku. Haha...

"Rich men build wealth, successful men build network."

Sincerely;

1 comment:

  1. hoho..bagus ler bisnes dah maju...kalu dah mampu tue..beli jer..tak payah pikir2...nanti tak tidur malam dibuatnya hehehe

    ReplyDelete

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!