Pages

Wednesday, February 03, 2010

Lesen Tak Diperlukan. Jom Kita Berbisnes.

"Quick Tip:
Bila kamu terfikirkan 1 idea, 1 khayalan, 1 mimpi, 1 angan-angan untuk buat projek,
catatkan. Mungkin bukan sekarang, tapi esok kamu mampu melaksanakan."


Hari ini tetiba pulak rasa rajin update belog.
Walhal banyak lagi kerja lain yang boleh dibuat.
 Sekejap tadi aku dah pun dapatkan confirmation dari Perak Integrated Network Services,
atau lebih dikenali dengan singkatan PINS.
Wireless aku tak perlukan lesen.
Sebabnya, projek aku ni berskala kecil...[untung besar, hahah ]
Kata kawan aku ni[dia 2nd boss kat PINS],
ko buat je dulu. Nanti kalau ada orang komplain, baru amik lesen.
Time tu aku sure tolong punya.
Korang tengok. Inilah yang dinamakan kawan.
Bukannya menghulurkan bantuan time kita tengah senang,
sebaliknya bila kita dalam kesusahan.
Kawan macam inilah yang kita cari.
Aku rasa sangat lega sekarang. Selama ni aku asyik terikat dengan perkara lesen ni.
Takut juga la. Buatnya tetiba barang-barang aku disita, tak naya.
Aku bukannya jutawan macam Abang Irwan Dahnil [secretly dilantik jadi mentor aku oleh aku sendiri].
Jadi, apa tunggu lagi? Pasangla....
Tunggu!!!!! Bukan taknak pasang, pulusnya kurang.
Tengah tunggu loan aku berjaya.
Harapannya, kalau loan ni berjaya, aku nak buka kedai pc sekali.
Itu cita-cita aku. Semangat aku untuk terus berjuang.
Sebelum aku tumbang, biar aku berjuang.
[ayat tu tak tau motif apa]
 Ramai yang tertanya-tanya, bila ni bro? Bila nak up wireless ni.
Dah ada almost 100 user dah ni.
Yang bersedia nak berdaftar.
Bercerita pasal user yang ramai ni, nampaknya hasrat untuk ambil wholesale broadband tak berjaya la.
Pasalnya wholesale broadband tu untuk corporation je.
Kompeni kecik ciput cam aku ni mana mampu.
Tapi kalau diaorang bagi aku 1 line 40meg,
bagi sini aku buat duit. Sebulan tu kalau nak dapat 30,000, memang takde masalah.
semua proposal, Rancangan perniagan, paperwork, khayalan, angan-angan, mimpi, semua aku dah simpan.
Kalau tak jadi jutawan gak macam Abang Irwan Dahnil, memang ada la silap kat mana-mana tu.
Kena lagi rajin ler sujud pada Allah yang SATU.

Wahhhh... banyak juga aku tulis.
agaknya hati aku seronok kot. Tu yang tulis lebih tu.
Ok la, aku nak letak gambar kedai aku pun, webcam takde.
Esok-esok la ye.
Sampai sini dulu le aku menulis.
Nak fokus pada khayalan membuat duit secara pukal.
Adios amigos dan Salam Berjaya kepada semua. 


"Rich men build wealth, successful men build network."

Sincerely;


Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!