Pages

Wednesday, April 14, 2010

Memanjat Kesyukuran Yang Teramat Sangat Ke Hadrat Ilahi.

Aku bersyukur sangat.
Rezeki yang diberikan sentiasa mencukupi.
Kalau pun berkurangan sedikit, itu cumalah ujian supaya aku tak lalai.
Sejak masuk TEAM UN$TOPPABLE, pendapatan sentiasa ada.
Walaupun mendapat banyak kecaman dari ramai pihak,
kononnya riak, takbur, bangsa dan sombong,
yang pasti hanya aku yang tahu niat dalam hati aku.

Kalau ramai yang kata riak, mungkin ramai yang tak tahu.
Allah lebih membenci orang miskin yang riak.
Kerana miskin itu menghampiri kekufuran.
Terfikir tak, bagi yang pakai kad kredit,
bila overdue sebulan tak bayar,
bank akan telefon.
Pastu, apa yang korang jawap?
Esok akan masukkan, tapi tak pun masukkan sebenarnya.
Sekadar nak lari dari bayar hutang kad kredit je.
Bukan ke itu menipu.
Bukankah berdosa menipu?
Tepuk dada tanya selera.

Alhamdulillah, aku sekeluarga dah pun berpindah masuk ke rumah yang kami beli.
Banyaknya lah perkara nak buat.
Uniknya, aku berjaya pasang lampu rumah aku sendiri.
Tanpa bantuan dari sesiapa pun.
Bukan senang nak buat kerja sebelah tangan.
Bagi yang belum tahu, tangan kiri aku lumpuh dah 8 tahun dah.
Akibat kemalangan.
(Sila ambil takaful Etiqa dengan aku yerk. Bahaya hidup takde insurans.)
Bila terpandang tanah luas tepi rumah tu, mula serabut.
Nak buat apa dengan tanah nih.
Nak tanam pokok, tapi aku ni kurang berbakat dalam bidang pertanian nih.

Ok lah, aku kalau dapat hapdet blog, macam nak tulis 1 dunia punya cerita.
Sampai sini dahulu.
Nanti-nanti hapdet lagi.
Daa...

"Rich men build wealth, successful men build network."

Sincerely;

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!