Pages

Monday, May 31, 2010

Trancends: Tanah Anak Perak

Hari ini aku memang dah pasang niat nak pergi pejabat tanah daerah kinta. Tengahari tadi, lepas selesaikan hantar resit-resit syarikat untuk audit, terus le pergi sana. Semangat ini, nak bertanya pasal tanah anak perak. Kononnya senang nak dapat kalau orang perak. Sampai-sampai je, saja aku bertanya pada kaunter pertanyaan tu. Nasib baiklah pakcik tu sempoi. Dia pun cerita lah. katanya, mana ada tanah anak perak dah. Sekarang ini, semuanya kena beli, kena bayar premium. Terkedu sekejap aku dengar.
Manalah perginya hak istimewa orang melayu ini. Takkan la sampai takde. Ini dah kronik ni. Sambil tu aku teruskan juga bersembang. Nak tahu apa lagi cara-cara yang ada. Nasib baik pakcik tu bagitahu. Dia suruh aku survey dulu tanah tu kat bahagian mana, pastu pergi terus bahagian pelan. Jangan tanya kat bahagian kaunter. Banyak buaya besar kat situ, kata pakcik itu lagi. Nampak sangat banyak yang menyeleweng.
Kesimpulan kali ini, itu aje la ilmu yang aku dapat. Takde ilmu lain dah. Pergi department plan, pastu jangan sembang dengan kaunter bawah. Jadilah. Sekurang-kurangnya ada juga ilmu yang masuk. itu sahaja aku nak update untuk hari ini. Sama-sama la ambil iktibar.

"Rich men build wealth, successful men build network." Sincerely;

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!