Pages

Wednesday, April 06, 2011

Apa Yang Dicari?

Sedang aku duduk menghadap komputer opis ni, tetiba aku terfikir. Apa yang dicari? Maksud aku, kita manusia. Setiap orang ada tujuan hidup atau sesuatu yang dicari, dikejar dan didambakan. Dan, mungkin juga orang gila yang berkeliaran itu pun ada sesuatu yang dicari mereka. Aku pula? Entahlah. Aku pun tak tahu nak jawab macam mana. Terlalu abstrak. Mungkin ada yang boleh kita jawab. Contohnya, kejayaan, kekayaan, kesihatan. Tapi, cuba beri penjelasan kekayaan itu macam mana, kejayaan itu pula bagaimana. Ramai yang belum tentu boleh menyatakan dengan terperinci.

Dari pemikiran aku yang hanya panjang sejengkal ini, aku simpulkan yang manusia ini tidak akan berhenti mencari. Akan terus mencari dan mencari. Dah berjaya, ingin lebih berjaya. Dah kaya, ingin lebih kaya. Tetapi dalam kita berlebih-lebih, ada perkara yang kita gagal cari. Dalam mengejar kekayaan, ramai yang terlupa kebahagiaan.Pasti ada "Give & Take". Kau dapat sesuatu, kau korbankan juga sesuatu.

"Rich men build wealth, successful men build network." Azdan Hariz @ Arizs

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!