Pages

Thursday, June 02, 2011

Apa Kegunaan Ipad Kepada Aku.

Hari ini aku nak story tentang Ipad. Sebenarnya, bukanlah nak promosi Ipad, tapi apa kegunaannya secara berhemah pada aku. Ramai yang berkata, kegunaan Ipad ini lebih kepada gaya. Mungkin jawapan itu sesuai pada sesetengah orang, tetapi bukan aku. So far, ipad aku berfungsi sebagai penyimpanan maklumat yang kerap di akses.

Jom kita terjah aplikasi dalam ipad aku.
  1. Calendar - Sangat penting. Priority Level 5. Organizer aku ni.
  2. Contacts - Sangat penting. Level 5 juga. Dalam ni penuh contact kerja aku.
  3. Notes - Pun level 5. Kalau takde aplikasi ni, memang tak guna aku pakai Ipad.
  4. Maps - Priority Level 0. Tak pernah guna. Maybe 1 hari ni.
  5. Videos - Sama juga level 0. Tak pernah guna.
  6. Youtube - Level 1. Kadang-kadang je guna. Tu pun buka video untuk anak.
  7. iTunes - Level 3. Kerap juga guna. Nak hilangkan boring.
  8. iBooks - Level 5. Semua koleksi buku Harry Potter, Twilight Saga dan juga PDF ada dalam ni.
  9. Harian Metro - Level 2. Kadang-kadang guna. Selalu baca Utusan je.
  10. Safari - Level 5. Nak browse Internet. Facebooking & Blogging.
  11. Mail - Level 5. Ini kalau takde, sia-sia beli Ipad.
  12. BookQuotes - Level 2. Bahan ilmiah untuk cari motivasi.
  13. Pocket Frogs - Level 5. Games untuk hilangkan stress.
Ini adalah antara aplikasi yang ada di dalam Ipad aku. Ada juga games untuk anak-anak. Walaupun ipad ini untuk kegunaan aku dan isteri, tapi tak lupa juga aplikasi untuk anak-anak. At least, mereka tak lah buta teknologi.

Dalam banyak-banyak aplikasi, yang di'highlight itu memang favourite. Sebabnya, aplikasi ini aku rasa sangat penting dan kerap di akses.

Inilah kegunaan ipad aku. Tak lah hebat pun. Hanya untuk kerja dan sedikit entertainment. Pengalaman hidup mengajar aku, kalau kerja dicampurkan dengan berhibur, kerja itu yang akan terkubur.

Okay, next time kita terjah aplikasi henpon aku pula. Kamu di luar sana yang guna Ipad, share'kan list application kamu dekat sini, aku sangat-sangat berbesar hati. Maybe kita boleh jadi neighbour dalam games Pocket Frogs. Siapa tahu kan....

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!