Pages

Wednesday, June 01, 2011

Link Blogger Asyik Error Je...

Hi guys,

Dah berminggu aku perhatikan. Link blogger selalu je error. "Error 404". Apa kes?? Adakah blogger dah tak mampu nak handle load pada server diaorang? Yerla, sekarang ni kan semua orang ada blog. Mesti lah tinggi load pada server. Bercerita tentang server ni, aku nak story tentang server di tempat kerja aku. Mungkin ramai yang tak tahu, tapi tugas hakiki aku antaranya ialah memastikan server-server dalam bilik server ni beroperasi dengan baik.

Dekat sini, kami ada 4 rak server. Tower type. So, memang kena jaga selalu. Aircond pun on non-stop. Sentiasa hidup. Kalau tak nanti, meletuplah server-server kami ni. Server-server kami ni sangat kritikal. Maklum ler. Server gaji.Saper yang tak nak gaji kan???

Setiap hari Rabu, aku akan buat backup. Weekly backup. In case of server crash ke, kami ada backup untuk restore semula. Line kat sini guna dedicated line. 10Gbps bandwith. Laju gila. Tapi itu pun tak cukup untuk tampung server load pada waktu peak.

Okaylah, ini entry pembukaan je sebenarnya. Selepas beberapa lama tak update blog. Disebabkan wife bersalin dan unforeseen circumstances.

"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!