Pages

Friday, September 04, 2009

Sony DSC-HX1 Berjaya Ditakluki!

Akhirnya, setelah bertahun-tahun lamanya, menyimpan perasaan, angan-angan dan cita-cita, aku berjaya memilikinya. Kamera digital Sony yang memang sangat-sangat di idamkan. Sony DSC-HX1. Bergenerasi lamanya aku menunggu peluang ini. Dari generasi pertama H1, H3, H5, H7, H9, H20 dan H50, hadirlah HX1. Generasi yang ditunggu-tunggu. Dengan 9MP lenses, dah cukup bagi aku. Prosumer sahaja. Bukan tak mahu beli DSLR, tapi kekangan fizikal membantutkan semangat aku untuk berkarya.

Aku dah pun mencuba mengambil beberapa keping gambar tadi. Hasilnya sangat memuaskan. Tak habis explore lagi features kamera ini kerana tak berkesempatan. Jam dah lewat malam saat sampai di rumah. Nak di uploadkan gambar pun, aku tak transfer lagi gambar-gambar tersebut ke dalam laptop. Mungkin esok pagi memandangkan aku tak ada sebarang appointment kerja esok.

Tercapai dah cita-cita aku. Sekarang ini, kena berusaha supaya cita-cita yang lain akan berjaya juga. Dugaan dan cabaran akan aku tempuhi sepenuhnya. Semoga kejayaan jadi milik aku.


"Rich men build wealth, successful men build network."

Sincerely;

15 comments:

  1. helo bro.bagus kamera ni.dah baca review dalam internet.bagus.

    ReplyDelete
  2. helo bro.cuma nak tanya berapa u beli kamera ni?saya baca review dalam internet cukup bagus.heh.tak perlu beli dslr.kalau beli dslr mahal lagi kot.heh.rasanya kamera ni baru lagi dipasaran.hehe.


    -ascza

    ReplyDelete
  3. Memang bagus kamera ni. dah amik banyak gambar. takde prob pun. gambar sumer clear. memang sempoi giler. cuma megapixel kurang skit. tu je.

    aku beli kamera ni sekali dengan aksesori sumer, RM2300. Tu tak masuk tele-converter tu. kalau campur tele-converter tu dalam RM2600 total. klu dslr, body je dah RM1999. Tak masuk lenses lagi. Tapi klu nk thrill main kamera, dslr la best. Aku layan semi-auto je. Senang. Time kelam kabut, snap je. xyah setting.

    ReplyDelete
  4. nak tanya, dalam gambar atas tu macam ada lens tambahan. sekarang memang ada ke additional lens yang sesuai untuk dsc-hx1? terima kasih...

    -megat zakri syah

    ReplyDelete
  5. Dalam gambar tu memang ada extended lense. yang tu teledynamic lense. Kira multiply by 1.7x la jarak zoom tu nanti. gambar pun jadi lagi clear. harga lense tu rm800. dah survey aritu kat kl. kodnya tak ingat lak. tp klu ada nnt, sy akan update lagi.

    ReplyDelete
  6. halo bro...aku nk beli gak kamera ni...tp nak tanya masa beli tu ada apa dlm box dia...ada memory kad free x..aku tgk sekarang ni harga dia rm1699...sbb hujung bulan ni ada kamera fair so aku nak beli la...tp mnk minta basic accessory lebih..hehe...lens tambahan tu apa kelebihan nya...nmpk lg superb la ada lens tu

    ReplyDelete
  7. waktu aku beli hari tu, dalam box tu ada kamera, charger, bateri, memori kad 1gb, tali strap, lenses cap. itu je. harga rm1699. tak termasuk aksesori. time aku beli, aku dpt memori kad 2gb free, pastu dpt tripod, dpt beg kamera sebijik.

    lens tambahan tu, kelebihannya bila ko nak amik gambar tele la. means ko dah zoom max, pastu ko nk gmbr tu clear lagi. yg tu ko kna pkai lens tu la. klu setakat nk amik gmbr wide je, pkai biasa je pun dah lawa dah.

    ReplyDelete
  8. assalam.......nak tanya,sekarang ni Sony DSC-HX1 berapa harganya...?

    ReplyDelete
  9. Wassalam.

    Kalau tak silap teman, harga masih lagi sama. body je RM1699. aksesori tu bergantung pada kedai. teman beli siap aksesori lengkap, RM2300.

    ReplyDelete
  10. bro2 semua,mne nak dpt lense tu ar...sye dh penat cari tp tak jmpe gak

    ReplyDelete
  11. btul..aku pn nk cari gak lenses tu..lenses pn byk jnis gak ek?

    ReplyDelete
  12. salam..mana nk dptkn lenses camtu bro? baper hrga lenses tmbahan camtu? dan apa kegunaan2 lenses tu? lenses utk dsc hx1 byk jnis x?
    filter utk dsc hx1 ada jual x?hehe..sori byk tnya..

    ReplyDelete
  13. ok. lenses tu korang tak boleh dapat terus dari kedai. kena dapatkan dari distro. klu korang berminat, aku boleh adjustkan. harga aku updatekan balik. since myb dah ada perubahan harga.

    lenses dsc-hx1 nih guna untuk tele je. klu korang boleh wat zoom digital 40x, korang multiply dengan 1.7x lagi. so korang dpt ler 68x zoom power.

    lenses hx1 nih takde banyak. ada tele dengan wide jer. filter pun tak banyak. itu yg klu original sony. klu yg brand lain, mungkin ada. last time aku suruh adik aku check dekat manchester, mmg byk filter. klu yg btul2 nk filter nih, roger aku. aku story lain bab filter nih.

    ReplyDelete
  14. salam bro,
    kat mane leh dpt lens tu
    sony susah nak cari

    ReplyDelete
  15. Wsalam. Last time aku check dekat distributor. Sony center pun ada, tapi biasanya depends pada stock. Dulu, sony lowyat ada jual. Tapi baru ni dah takde.

    Kalau ko berminat, boleh tengok lenses ni. Aku ada order dengan adik aku kt manchester. http://www.youtube.com/watch?v=BuM8S_f4P4Q

    ReplyDelete

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!